Tuesday 22 July 2014

Healing Crisis : Suatu Proses Detoksifikasi yang tidak perlu dirisaukan

Assalamualaikum dan salam bahagia kepada seluruh insan yang disayangi . Semoga anda semua dalam keadaan sihat dan sejahtera . Amin ..

Entri kali ini , erny nak berkongsi sedikit info tentang Krisis Pemulihan . 

Tahukah anda apa itu KRISIS PEMULIHAN ???


Krisis pemulihan ( Healing Crisis ) terjadi apabila sesetengah orang akan melalui suatu jangka masa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen dietary . Simptom ini kelihatan seperti penyakit tetapi sebenarnya tidak . 

Mengapa KRISIS PEMULIHAN BERLAKU ?


Ianya berlaku kerana tindak balas oleh tubuh kita akibat kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita . Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen , maka krisis pemulihan akan terjadi .

Sewaktu jangka masa penyesuain , ada kemungkinan penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali . Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari . Walaubagaimanapun , tubuh yang lemah akan mengambil masa lebih lama untuk pulih . Ianya bergantung pada setiap induvidu .

Dalam tempoh ini , sel yang lama dan yang telah rosak akan digantikan dengan sel yang baru dan yang lebih baik . Ini berlaku kerana sel sel yang baru ini tadi telah mendapat bekalan nutrisi yang secukupnya .

Krisis pemulihan ini juga adalah tempoh dimana toksin yang telah tertimbun didalam tubuh kita dalam jangka masa yang lama . Toksin terdiri daripada sisa makanan , makanan berkimia , lemak dan stress ditambah dengan diet yang tidak seimbang , kurang tidur , antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan sebelum ini . Suplemen dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita dan kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita .

Apa yang berlaku masa detoksifikasi ?

Antara simptom yang akan berlaku semasa krisis pemulihan .

Pada masa detoksifikasi ini , ada kemungkinan berasa pening , kelesuan , sakit kepala , ketidakhadaman ( perut kembung , lapar ) , cirit-birit , kahak berlebihan , kencing yang keruh , berasa hangat , berpeluh dan lain lain . Simptom ini berbeza antara individu dan akan berlaku 1-2 minggu .

Berikut antara tanda-tanda krisis 
pemulihan dan kemungkinan punca atau penyebab mengapa berlaku :-


Oleh itu , jangan berasa risau jika anda mengalami simptom yang dinyatakan diatas selepas mengambil vitamin Shaklee kerana ia sebenarnya adalah satu petanda yang baik ke arah mempersiapkan tubuh badan kita menjadi lebih sihat .

Lebihkan minum air masak/putih .


Diwaktu jangka masa krisis pemulihan ini , minumlah banyak air bersih , rehat secukupnya dan makanlah lebih sayur sayuran dan buah-buahan . Jika kita memahami ini adalah simptom pemulihan , kita akan mudah melalui fasa ini .

Mana lebih baik untuk anda ?

Minum air kosong banyak , ulang alik ke tandas

Atau

Minum air manis banyak , ulang alik ke hospital .

Renung-renungkan ...

Semoga badan kita menjadi semakin sihat dan cergas . Amin :)

Jika anda rasa entry ini bermanfaat dan berguna , FEEL FREE to LIKE and SHARE ke dinding facebook anda .  Terima kasih :)




Share:
Read More

Monday 14 July 2014

Akhirnya , mak jatuh cinta


Salam bahagia dan salam ceria semua . Wahh , makin lama makin kian terasa bahang hari raya . Betul tak ? Erny pun sama . Tak sabar nak tunggu Hari Raya . Hehe .

 Ehh , kenapa nak cerita Hari Raya pula ? Erny nak cerita lain lah . Aduhaii . Hihi . Entri kali ni , Erny nak cerita sesuatu . Rahsia tau . Jangan bagitahu sesiapa .

 Ibuku Ratu Hatiku



Sebenarnya , mak Erny ni ada masalah sakit sendi . Biasalah , mak kan kerja dekat kedai makan . Memang macam lipas kudung lah mak Erny ni . Bila orang suruh rehat , tak nak dengar . Rasa nak cubit cubit je pipi mak Erny tu . Selain tu , mak ada masalah kebas kebas dekat bahagian tangan . Hmm :'(


Mak Erny selalu mengadu selalu sakit badan . Biasalah . Kerja dekat kedai makan memang memerlukan banyak tenaga . Ditambah lagi bila waktu solat , memang mak Erny akan solat perlahan lahan sebab nak tahan sakit belakang . Aduhai . Hati anak mana yang tak sedih bila mengenang masalah yang dihadapi ibunya . Hmm :'(

Selain itu , dengan masalah kebas kebas dekat tangan , memang salah satu masalah yang menyukarkan rutin harian mak Erny . Bayangkan , bila nak hantar segelas air dekat customer pun , mak tak mampu sebab masalah kebas tangan yang dihadapi . Nasib baik lah air yang mak bawa tak tumpah atau terkena kepada pelanggan . Nama pun kebas . Memang tak rasa apa apa lah bila pegang gelas berisi air tu . 


Akibat sakit kebas yang mak alami , memang menyukarkan emak Erny untuk " bermain " dengan waktu yang lama . Misalnya untuk membasuh baju menggunakan tangan , memang kebas kebas tu akan mengganggu kerja seharian mak Erny . Hmm . Memang sangat sangat membataskan diri mak Erny untuk buat sebarang kerja .

 Buntu cari penawar

Sebelum ni Erny memang buntu . Tak tahu macam mana nak cari penawar untuk sakit yang mak hadapi . Namun alhamdulillah , lepas Erny join Shaklee , Erny TERJUMPA penawar untuk sakit yang dihadapi mak .

Haa , ni dia penawar yang Erny TERJUMPA untuk mak Erny . Jeng jeng jeng . Inilah Set Sendi Shaklee :D

Alhamdulillah . Satu set sendi ni memang membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi mak . Syukur .

Terbang menuju ke branch Shaklee

Masa Erny dah jumpa set sendi ini , Erny terus cakap dekat mak .

Erny : Mak , kakak dah jumpa penawar yang the best best boom untuk sakit mak .
Mak : Penawar untuk apa ?
Erny : Ala , kan hari tu mak ada mengadu pasal sakit badan dengan kebas tangan tu .
Mak : Ohh . Ubat apa ?
Erny : Shaklee !!! *sambil senyum tunjuk gigi* Hehe :P

Sebelum Erny cerita dekat mak pasal set tu , memang Erny tanya dulu dengan Pakcik Google . Lepas itu , Erny pun cerita panjang lebar tentang manfaat set sendi shaklee . Lepas cerita je , mak terus bagi duit suruh beli . Dan apa lagi ? Erny terus start enjin kereta dan terus pergi branch Shaklee dekat Sri Rampai .

Ini branch Shaklee dekat Sri Rampai .

Dah alang alang pergi branch Shaklee , borong lah ni . Hehe :D

Sakit makin berkurangan

Alhamdulillah . Lepas beberapa minggu mak ambil set sendi , sakit yang mak Erny hadapi makin berkurang . Sekarang dah tak mengadu sakit belakang atau kebas dekat tangan . HORREEEE !!!!! Gembira betul bila mak cakap dah kurang rasa kebas . Hehe . Yelahh . Tak kan lah tak gembira bila orang yang kita sayang TERBEBAS dari sakit yang dihadapi .

Syukur alhamdulillah , walaupun ada lah mak Erny cakap kalau sakit belakang , mak Erny memang tak kan tinggal untuk ambil 4 biji ostematrix sebelum dia tidur . Sebab   bila bangun dipagi hari , mak Erny akan rasa tetap cergas dan bersemangat :D

P/s : Ibulah yang banyak memberi jasa semenjak kita dalam kandungan sehingga dewasa . Erny harap , lepas ni Erny mampu menghadiahkan set sendi shaklee dan vitamin lain untuk diberikan kepada seluruh keluarga dengan duit Erny sendiri . Mohon doanya :')



































Share:
Read More