Saturday 23 August 2014

Angkara 'S' aku , dia dan mereka kini lebih sihat

Assalamualaikum dan salam bahagia. Apa khabar semua ?

Saya doakan kita semua sihat dan bahagia di samping keluarga tercinta.

Saya doakan semoga kita semakin kaya dan berjaya. Amin :)

Entri kali ini Erny nak cerita tentang keluarga bahagia erny. Sat noo. Nak tayang gambar sikit. Hehe

Haa ni dia keluarga bahagia erny . Dari kanan tu Erny , ayah , adik heroin , mak dan adik hero :D

Jom erny kongsi serba sedikit kisah keluarga erny .

Jeng jeng jeng .... Baca sampai habis yee :)

Keluarga Erny sebenarnya memang hidup dengan perniagaan . Tak kisahlah berniaga apa pun jenisnya . Memang akan hidup dengan berniaga . Jatuh dan bangun dalam perniagaan , memang akan selalu kami tempuhi.

Ayah dan mak erny mempunyai sebuah kantin di sekitar Kuala Lumpur. Kantin apa ? Kantin sekolah ? Bukan...  Haa ni bukan kantin sebarang kantin ye . Kantin yang dijalankan oleh mak ayah erny ialah kantin dalam sebuah projek pembangunan . Dimana mak ayah erny membekalkan makanan serta minuman untuk pekerja yang datang dari pelbagai jenis kaum dan bangsa.

Bermulanya kisah seorang Erny

Untuk pengetahuan semua , sekarang erny berumur 20 tahun dan taraf pendidikan Erny hanya SPM sahaja .

" Kenapa hanya SPM ? Tak nak sambung belajar ke ? "

Soalan ini lah yang sering diajukan bila ada yang bertanya umur dan apa yang erny buat sekarang .

Nak tahu apa yang erny buat sekarang ?

Sejak berakhirnya sesi tamat persekolahan selepas SIJIL PENILAIAN MALAYSIA ( SPM ) , erny mengambil keputusan untuk membantu mak dan ayah dalam bisnes yang dijalankan oleh mereka. Biasalah.. Anak pertama memang berperanan mempunyai tanggungjawab yang besar .

Bermula dari tamat sekolah menengah sehingga sekarang , erny memang mengambil masa penuh untuk membantu mak ayah .

Menjahit pakaian merupakan salah satu minat terbesar Erny :D


Walaupun sibuk membantu mak ayah , erny sempatkan diri untuk menghadiri kelas menjahit sejak tahun lepas ( 2013 ) . Tapi hanya mengikuti kursus selama 5 bulan sahaja . Walau hanya 5 bulan , banyak ilmu yang Erny peroleh . Banyak juga baju yang berjaya Erny hasilkan . Kalau orang nak suruh jahitkan , boleh je . Tapi janganlah terlampau " banyak songeh " model pakaiannya . Hehe .

Impian Erny ingin membangun sebuah butik . Ingin mencipta pelbagai jenis pakaian muslimah dengan hasil tangan sendiri . Erny akan membina empayar sendiri di Malaysia . Mohon doanya :')

Okay sekarang ni cerita pasal kantin .

Bermula seawal 7 pagi sehingga ke 12 malam . Kerja yang sama akan diulang berkali kali . Berkerja dengan orang tua sendiri mungkin sesetengah orang akan berkata ...

" Ala , kerja dengan mak bapak sendiri . Senanglah . Duduk goyang kaki . Duit pun tinggal mintak je "

Bagi erny , tanggapan itu salah . Justeru erny akan berkerja sekeras mungkin bagi membantu meringankan beban yang dipikul mak dan ayah .

Dekat bawah ni antara rutin seharian erny . Mohon baca sebaik mungkin .

Jam 6.30 - Bangun mandi .
Jam 7.00 - Layan pekerja yang ingin breakfast .
Jam 8.30 - Pergi ke pasar untuk berbelanja .
Jam 10 .00 - Layan pekerja masa mereka berehat selama 30 minit .
Jam 10.30 - Bancuh air dan siapkan makanan untuk disediakan pada perkerja .
Jam 12.00 - Layan perkerja masa rehat tengah hari .
Jam 1.00 - Kemas kantin ( Basuh pinggan , gelas , kuali dan yang sekutu dengannya )
Jam 2.00 - Bancuh air untuk masa rehat . Bungkus ais dalam dua bakul .
Jam 3.00 - layan perkerja .
Jam 4.15 - Mandi dan bersiap ambil adik balik sekolah .
Jam 5.00 - Menuju ke Gombak dari Ampang . ( Kena jammed time balik orang kerja lagi )
Jam 5.30 / 6.00 - Akan sampai di gombak bergantung dengan keadaan lalu lintas .
Jam 6.30 - Ambil adik perempuan yang bersekolah rendah .
Jam 6.45 - Ambil adik lelaki yang bersekolah menengah .
Jam 7.30 - Sampai ke Ampang .
Jam 8.00 - Tengok berita .
Jam 9.00 -> 12.00 malam - Berehat atau buat SESUATU .

*jadual tak termasuk makan dan solat ye . Yang makan bergantung mood . Yang solat bergantung ABC atau tak . Hehe

Mungkin ada orang yang berkata .

" Ala , bukannya susah sangat kerja dia ."

Ye mungkin betul tanggapan mereka kerana belum keseluruhan kerja yang erny buat , erny tulis di rutin harian di atas . Tapi tak apalah . Cukup itu sahaja yang erny kongsikan .

Fuhh , kalau nak cerita , memang tak kan cukup satu entri . Tapi erny akan cuba terangkan sebaik mungkin .

Cuba lihat !!

Adakah sama seorang erny yang berusia 20 tahun dengan seorang remaja lain yang berumur 20 tahun diluar sana ??

Mungkin serupa tapi tidak sama .

Manakan serupa andai dibandingkan seorang erny dengan remaja diluar sana. Yang sibuk bersuka ria bersama teman yang lain . Yang sibuk bertungkus lumus sedang praktikal . Yang sibuk mengasah otak untuk menjawab final exam . Berfesyen sana sini .

Mungkin remaja yang diluar sana sibuk ber"enjoy" sedangkan seorang erny sedang bertungkus lumus . Membanting tulang kecilnya demi meringankan beban orang tuanya .

Ya Allah ...

Bukan erny tak bersyukur . Tapi erny sangat sangat bersyukur kerana erny dipilih dalam senarai untuk membalas jasa orang tua dalam usia yang dikira masih muda dan mentah !!!!

Puji syukur ke hadrat Illahi !!

Syukur alhamdulillah . Walaupun erny masih belum mampu memberikan kekayaan kepada mereka , namun erny akan cuba sebaik mungkin memberikan mereka kebahagian dan menjaga kesihatan seluruh keluarga erny .

Hidupku kini menjadi lebih indah dan sempurna .

Bermula pada akhir bulan Mei yang lalu dimana Abang Udin ( Abang bob ) mengajak erny untuk turut serta dalam bisness yang diikuti sekarang .

Tak lain tak bukan , bisness tersebut adalah bersama SHAKLEE .

Dengan perubahan hidup yang dialami abang udin bersama isterinya kak nadia yang semakin membaik , apa salahnya untuk seorang erny turut serta dalam bisness tersebut . Siapalah tahu nanti akan berubah menjadi lebih baik . Betul tak ?

Belum cuba belum tahu :D

Tuah hidup tiada siapa yang tahu .

Mungkin dengan menyertai bisness ini , erny akan mampu menambahbaik kesihatan keluarga dan seluruh insan yang erny sayangi . Amin .

Semenjak terjebak dengan shaklee , sedar tak sedar erny dah bantu menyelesaikan masalah kesihatan keluarga erny .

Erny cerita satu per satu ..

Ayah punya cerita .


Haa ini BAPAK DEN . Kehkehkeh . My superhero :D

Ayah ni perokok . Dari dulu erny suruh berhenti merokok . TAPI ? Umphhhhh hampeh .

Macam macam cara erny buat .

1) - Bayar denda RM 10 kalau nampak merokok depan mata .
2) - Tak nak belikan dia rokok kalau ayah suruh ( buat buat tak tahu je ) Hehe
3) - Sorokkan rokok !!!

Tapi tak ada effect pun . Sampailah akhirnya erny jumpa penawarnya . Iaitu......


Penawar berhenti rokok untuk BAPAK DEN :D

Inilah dia penawarnya . VIVIX SHAKLEE . Erny akan suruh ayah minum Vivix ni 2 kali sehari bagi membantu mengurangkan "selera" rokok untuk ayah .

Alhmdulillah . Tegukan vivix yang pertama membuatkan ayah berasa lain semacam ketika merokok selepas menelan vivix .

Petanda awal bagi proses memberhentikan rokok . Semoga ayah berhenti rokok untuk selamanya . Amin :) Mohon doanya .

Mak punya cerita 


Haa yang tengah tu ialah MAK ERNY :)



Mak Erny ada masalah kebas di tangan dan selalu sakit pinggang serta belakang badan . Mak selalu mengadu kalau mak selalu sakit sana sakit sini sakit itu sakit ini .

Haih , anak mana yang sanggup dengar rintihan seorang ibu yang sering mengadu sakit yang dihadapinya . Rasa sedih yang amat sangat . Namun ku ukir senyum di wajah walau dihati sebenarnya sedang merintih menangis .

Alhamdulillah , semenjak kenal SHAKLEE , erny TERJUMPA suplemen yang dapat membantu mengatasi masalah yang mak hadapi . Iaitu Set Sendi Shaklee ....





Set sendi yang mak ambil terdiri dari Omega guard , Ostemarix dan AJHT . Omega guard dan AJHT mak akan ambil selepas makan untuk satu biji , dua kali sehari . Manakala ostemarix akan mak ambil sebelum tidur dengan pengambilan 2-4 biji setiap hari .

Alhamdulillah , selepas beberapa hari , ada perubahan yang tercipta pada mak . Mak dah jarang mengadu sakit pinggang mahupun kebas ditangan . Ternyata tak sia sia usahaku . Kini membuahkan hasil yang menakjubkan . WAHHH :')

Mak Datin punya cerita . Hee




Cer teka ni siapa ? Ala . Erny lahh . Mak Datin kunun . Ehh siapa tahu dapat jadi Datin betul ? Kan ucapan tu suatu doa . Hehe . Amin:D

Erny ada masalah rabun jauh . Rasa tension bila kepala asyik berdenyut . Selalu kena demam . Nampak tak bermaya . Muka letih je . Selalu kena demam pula tu . Pantang kena air hujan , terus demam . Kesudahannya , dapat mc SATU MINGGU sebab lambat pulih . Aiyoyo

Tapi tapi tapi ,


Mujurlah ada ESP , b complex , vitamin C , Carotomax , Omega guard dan Vivix !!! Memang semua ni bantu Erny atasi masalah yang erny hadapi . Dah tak rasa letih mata ni . Badan pun makin sihat bertenaga . Terlebih active pun ada . Hehe


Adik pertama punya cerita 


Ini gambar adik pertama . Just call HANIF :)

Adik Erny yang pertama ni umur 14 tahun . Tapi dia lagi besar dan tinggi dari Erny . Kalau keluar berdua , mesti orang akan kata Erny ni GIRLFRIEND dia . Alaammmaaakkk !!

Badan kecil comel punya pasal . Sampai kena macam tu . Hehe . Perasan jap ( gurau pun tak boleh :P )

Hanif ni sebenarnya tak ada lah masalah kesihatan sangat . Tapi mengada nak join makan suplemen Shaklee memandang kami yang lain ada ambil Shaklee .

Jadi Erny pun suruh dia minum ESP ( sebab dia tak nak gemuk ) Biasalah lelaki kan ... Nak jaga badan lah kunun . Hehe .

Tapi baru baru ni Hanif ada ambil vitamin C , Vitamin E , B complex dan Herb lax bagi membantu mengurangkan jerawat dan muka berminyak . Selain itu Hanif selalu kena demam dan sakit kepala .

Syukur Alhamdulillah . Vitamin yang Hanif ambil membantu dia mengatasi masalahnya .

Sekarang dia jarang kena demam . Dah lama tak dengar dia mengadu sakit kepala . Alhamdulillah Ya Allah :)


Adik kedua punya cerita 


Ini adik kedua Erny . Call her Diah :)


Adik Erny kedua ni pula memang ada masalah . Diah ni memang susah sangat nak makan . Kalau makan pun , mesti sikit je . Badan pun dah serupa macam tiang lampu . Tinggi tapi tak berisi . Kalau ada angin ribut , ikut melayang kut dia . Hehe . Allaaaaa . Gurau pun tak boleh . Hihi .

Erny jenis yang ambil berat pasal keluarga . Macam kes adik , erny cari jalan penyelesaiannya dengan mengambil susu mealshake . Mealshake Shaklee membantu menambah selera makan . Memang sangat sesuai dengan adik erny .

Pada mulanya dia berdegil . Ngengada tak nak minum . Tapi lama kelamaan dia nak minum dan ketagih untuk minum mealshake . Hehe .

Alahamdulillah setelah beberapa hari dia minum Mealshake , seleranya semakin bertambah !! Pantang nampak makanan je , terus ngap . Perghhh :'3 Tapi tak apalah . Semua makanan berkhasiat dan bersih :)

Hatiku berjaya ditawan 

Allah merupakan sebaik baik pengatur semua rancangan . Ku ucap syukur yang tak terkira kira TERJEBAK untuk menyertai EMPAYAR MARIA FIRDAUS , THE MOST HAPPENING SHAKLEE TEAM IN MALAYSIA .


Mereka adalah Master Firdaus dan Master Maria .


Yang dua orang tepi tu , merupakan abang sepupu ( abang bob ) dan isterinya ( kak nadia ) . Mereka juga adalah mak bapak Shaklee saya . Hehe


Gambar ni pula adalah gambar ahli keluarga besar saya dalam Shaklee :D


Hampir 3-4 bulan menyertai Shaklee , makin banyak perubahan ketara pada diri ini .

Mana tidaknya , bila bersama mereka yang hebat , aura positif menjadi semakin tebal dalam diri .

Sehingga yang dulunya hanya hidup biasa begitu sahaja , kini seorang erny hidup dengan keadaan yang sangat luar biasa .

Subhanallah

Semenjak menyertai shaklee , banyak sangat ilmu yang saya peroleh . Bermula dari Semiar OMG yang dianjurkan oleh Mater Firdaus dan Master Maria sehingga lah seminar IMKK yang dianjurkan oleh Dato Azizan Osman .

Sejak dari situ , Erny menjadi semakin kenal diri sendiri . Menjadi lebih kenal arti tujuan hidup di dunia . Semakin percaya diri dan bersikap lebih positif.

Dahulu , seorang erny hanya mengenal solat fardhu dalam rutin seharian . Namun kini , semakin banyak juga solat sunat yang erny kenal . Allahu .

Dahulu seorang Erny selalu melambat lambatkan waktu solatnya kerana lebih mementingkan pekerjaan . Namun kini , perangai itu telah ku buang sejauh mungkin :')

Dahulu , seorang Erny agak keberatan jika ingin sumbangkan duit kepada orang yang susah . Yelah . Mungkin dulu sebab fikir susah nak cari duit . " Kenapa senang senang nak bagi orang ?"

Tapi sekarang erny semakin ringan tangan untuk memberi tanpa mengambil kira berapa banyak duit yang erny berikan . Kerana mentor selalu mengingatkan.

" Makin banyak kita memberi , makin banyak kita terima ."

Erny setuju dengan ayat yang diucapkan .

Segalanya berubah sejak mengenal Shaklee . Erny ingin berkerja lebih keras . Ingin meraih banyak 1001 impian Erny .

Terima kasih Ya Allah . Engkau telah menunjukkan jalan yang benar kepadaku . Akan aku manfaatkan hidup ini sebaik mungkin .

Erny akan buktikan kepada orang diluar sana kalau seorang erny mampu hidup di atas kakinya sendiri . Erny akan buktikan kepada semua orang kalau seorang Erny boleh meraih kejayaan dan kebahagian walapun hanya berbekal Sijil SPM sahaja .

Mohon LIKE and SHARE entri ini andai entri ini bermanfaat untuk anda .
Share:
Read More

Friday 15 August 2014

,

Mantapkan Perisai Tubuh Dengan Nutriferon Shaklee

Assalamualaikum dan salam ceria semua . Apa khabar ? 

Semoga kita semua dalam keadaan sihat dan bahagia di samping keluarga tercinta . Amin :)

Demam memang akan selalu menyerang kita bila bila masa je . Maka dari itu , Erny nak kongsikan SESUATU . Nak tahu SESUATU tu apa ? Jom baca :)

nutriferon shaklee

HAAA NI DIA . Jom mantapkan perisai tubuh .

Dengan apa ? Dengan NUTRIFERON laaaaa . Hee

Nutriferon merupakan suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh / immune booster . Ianya merupakan supplemen yang hebat dan efektif . Nutriferon juga telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi .

APA KANDUNGAN NUTRIFERON ?


Nutriferon

SIAPA YANG MEMERLUKAN NUTRIFERON ?

Sesiapa sahaja yang selalu demam / rendah sistem imun dan sebarang penyakit yang berkaitan dengan imuniti/antibodi seperti flu, demam ,cancer, asma . Tetapi harus diingat ya bahawa produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh sebarang jenis penyakit .

BAGAIMANA IA BERTINDAK?

Nutriferon bekerja dalam dua cara :- 
(1) Segera mengaktifkan sistem pertahanan imuniti 
(2) Menggerakkan “pasukan cari dan musnah’ dalam sistem imun badan

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN NUTRIFERON ?

NutriFeron Shaklee tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai . Ia hanya boleh didapati melalui ShakleeRumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Sebagai suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi .
APA FUNGSI LAIN NUTRIFERON?
  1. Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk meransang dan meningkatkan keseluruan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan; T-sel, B-sel dan macrophage.
  2. Melawan kanser dan tumor - interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang meransang dan mengaktifkan immunoglobulin untukr. melawan tumor dan sel-sel kanser .  Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.
  3. Melindungi daripada influenza - ia mengimbangi imun terhadap alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus dan mikrob (demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza)
  4. Meringankan tekanan dan kelesuan - membantu mengatasi kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan dan gaya hidup aktif.
  5. Melambatkan penuaan - formula uniknya meransang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.
  6. Mengurangkan infeksi oleh pesakit hepatitis B dan C - keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan . Misalnya, kembung, mual dan muntah.
  7. Mengurangkan simptom menopaus - membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolesterol tinggi, masalah peredaran darah dll.
  8. Mengurangkan gejala PMS - terbukti secara klinikal untuk mengurangkan gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu menstrual cramps, sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan dan masalah tidak dapat tidur dan mood swing.
Untuk mendapatkan produk ini atau mana-mana produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya di saluran seperti berikut;
Facebook : Erny Filzah Nisa
SMS/WHATSAPP : 014-2277059


Hubungi saya dan layanan terbaik serta respon/maklum balas yang cepat saya sediakan untuk anda . Konsultasi berterusan secara PERCUMA juga disediakan .

Share:
Read More

Wednesday 13 August 2014

Pelawak Maidin Ibrahim Meninggal Dunia

Assalamualaikum ,

Pada 13 Ogos 2014 , berita dunia hiburan dikejutkan dengan kematian Pelawak Veteran Malaysia di rumahnya .

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pelawak veteran Maidin Ibrahim yang telah pun meninggal dunia pada 13 Ogos 2014 . Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Pokok Tai , Gurun Kedah kira-kira pukul 2 petang hari Rabu ketika dalam solat akibat serangan sakit jantung . Berita sedih ini telah disahkan oleh menantunya .

maidin ibrahim meninggal dunia

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Sri Jerai , Gurun selepas solat Isyak pada hari Rabu . Allahyarham meninggal dunia ketika berusia 76 tahun . Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buatnya .

Semoga arwah di ampunkan segala dosanya . Di terima segala amalannya . Al-Fatihah .
Share:
Read More

Ingatkan Mahal . Rupanya Vitamin Shaklee Murah !!!!

Assalamualaikum dan salam ceria . Apa khabar semua para pembaca blog ErnyFilzah.com.my ? Diharap anda semua sentiasa sihat di samping keluarga tersayang . Amin .

Entri kali ni nak bincang tentang " MURAHNYA HARGA TAPI MAHAL NILAI KUALITINYA "



IF YOU THINK WELLNESS IS EXPENSIVE, THEN TRY ILLNESS!!

Ramai antara kita yang takut dan jual mahal bila nak keluarkan duit untuk supplemen kesihatan . Mengapa begitu ? Sebab kebiasaannya , mereka ingat semua supplemen adalah mahal . Secara tidak langsung , mereka berfikir dan berasa tidak mampu .

Sebenarnya , kita semua ada PILIHAN mengikut kemampuan diri sendiri .

Setakat ini , memang ramai customer yang bertanya pada Erny tentang harga vitamin Shaklee . Lepas Erny bagitahu harganya , ramai yang berkata :-

" Laaa .. Ingatkan mahal . Rupanya murah vitamin Shaklee ni . Sebelum ni saya ingatkan Shaklee ni mahal sangat . Rupanya tak adalah semahal supplemen import yang lain !! "

" Sebab tulah tak pernah nak ambil tahu . Ruginya tak tanya dari awal . Kalau tau macam ni dari dulu lagi saya dah cuba ambil vitamin Shaklee ni . Memang MAMPU-MILIK !! "

Alhamdulillah . Itu adalah beberapa reaksi yang banyak Erny terima sepanjang menjadi Shaklee Independent Distributor . Sebenarnya , Erny dulu pun pernah sangka Shaklee ni mahal sangat . Tapi rupa-rupanya tak mahal pun .

Sebab tulah selama beberapa bulan sebelum mencuba , ada juga survey kat blog-blog orang tentang Shaklee . Tapi tak berani nak tanya sebab Erny assumed "MESTI MAHAL NI". Ye lah produk semula jadi dan imported macam ni selalunya mahal-mahal .

Tapi segalanya berubah bila sepupu sendiri , Abang BOB menerangkan tentang Shaklee . Ditambah dengan testimony Abang BOB sendiri yang tampak semakin kurus . Sejak itulah Erny terbuka hati nak mencuba .

Rugi juga rasanya tak cuba Shaklee dari awal dulu . Erny cuma mula makan vitamin Shaklee selepas beberapa hari join Shaklee . Alhamdulillah , dapat juga merasa kebaikannya . Keluarga pun turut sama merasai kebaikannya .

Erny rasa sangat cergas , bertenaga sepanjang hari selepas consume vitamin Shaklee . Dulu sebelum consume Shaklee , badan memang rasa cepat letih . Di tambah pula dengan badan yang mudah terkena sakit . Namun alhamdulillah . Segalanya berubah selepas Shaklee hadir dalam kehidupan :D

SET BAJET KESIHATAN OPTIMUM

Shaklee ada macam-macam produk yang sesuai untuk KESIHATAN SEISI KELUARGA . Bermula dari kanak-kanak , lelaki , wanita sehinggalah kepada warga emas . Memang lengkap untuk satu keluargalah .

Jom kita tengok contoh HARGA PASARAN untuk antara SHAKLEE HOT PRODUCT :-
      


SET BAJET KESIHATAN  OPTIMUM SHAKLEE

Hanya dalam RM50 sebulan ?!  Murah ke Murah ??
Ini pun HARGA PASARAN . Nak jimat lagi ? Jom join jadi AHLI SHAKLEE !! :)
Basic Set ni memang sangat sesuai untuk semua orang sama ada Lelaki mahupun Perempuan .

Cuba tengok 1 botol vitamin tu boleh dimakan berbulan-bulan untuk seorang . Jadi sebenarnya SUAMI DAN ISTERI boleh makan sama-sama tau . Dapat rasa kelebihan minum vitamin Shaklee ni bersama orang tersayang . Memang Berbaloi-baloi gila Cadburry !!

Ini antara Fungsi yang terdapat dalam SET BAJET KESIHATAN OPTIMUM :-

VITALEA : Multi vitamin & Multi mineral

Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli .  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa .

Jika diambil setiap hari , Vita-Lea mampu :-
1) Membantu mengekalkan kesihatan yang baik .
2) Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan , penglihatan dan pembinaan tisu .
3) Mengandungi kalsium , fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi .
4) Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh badan .
5) Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah .
* Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini .

BCOMPLEX : Vitamin B Yang Lengkap dan Seimbang

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi ? Tekanan harian , tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda . Justeru itu , vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita .

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap , mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik .

1) B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga .

2) Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh .  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg .

SUSTAINED-RELEASE VITAMIN C :
Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam


Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian .  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan .
Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan oleh tubuh .  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan .

KAMI SENTIASA IKUT BAJET PELANGGAN!!

Jangan risau !! Kami memang amat memahami keperluan pelanggan . Memang ada produk PREMIUM yang harga lebih mahal , tapi kami sentiasa memberikan pilihan kepada customer untuk memilih produk yang sesuai dengan budget anda .

Tak rugi kita 'invest' sedikit rezeki yang Allah bagi pada kita untuk menjaga kesihatan tubuh diri dan keluarga kan .

Yang penting, kita mestilah pandai memilih produk yang HALAL, SELAMAT, SEMULAJADI, DAN BERKESAN.

Alhamdulillah, kami sekeluarga YAKIN dan PERCAYA dengan jenama SHAKLEE . Yang penting , ia MAMPU DIMILIKI OLEH SESIAPA SAHAJA !!

Contact or whatsapp me for more details on 014-2277059 ( ERNY ) !!

Thanks for reading ! :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga ?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
Hubungi Erny untuk :-

FREE CONSULTATION & AFFORDABLE PRICE
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Share:
Read More

Koleksi Soalan Percubaan UPSR Peringkat Negeri Satu Malaysia

Assalamualaikum dan Salam ceria kepada seluruh insan yang erny hormati . Apa khabar semua ? Semoga anda sentiasa sihat dan bahagia di samping keluarga tercinta . Semoga anda kaya dan berjaya , diberikan kebaikan hidup di dunia dan di akhirat . Amin :)



Saya yakin dan percaya ramai di antara kita yang mempunyai anak , anak saudara , adik , anak jiran yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2014 ini .

Di sini , saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang koleksi soalan UPSR Peringkat Negeri satu Malaysia .

Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua .

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN UPSR PERINGKAT NEGERI SATU MALAYSIA 

Cadangan saya , kita perlu menggalakkan anak anak untuk membuat latihan soalan percubaan peperiksaan UPSR peringkat negeri ini berulang ulang kali bagi melatih mereka supaya lebih mudah menjawab . Di samping itu , secara tidak langsung , ianya membantu anak kita untuk mendapatkan lebih banyak ilmu pengetahuan .

Biasanya , soalan ini lebih susah jika dibandingkan dengan soalan peperiksaan UPSR yang sebenar .

Jika mereka boleh menjawab semua soalan ini , In Sha Allah , saya yakin mereka akan mudah untuk berjaya dalam UPSR nanti .





Saya doakan segala urusan mereka dipermudahkan Allah Dunia dan akhirat . Amin .

Wassalam


Feel free to LIKE and SHARE jika entri ini berguna untuk anda . Salam ceria penuh sayang dari saya :)
Share:
Read More

Tuesday 12 August 2014

,

Senggugut tanpa pain killer

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua insan tersayang . Semoga kita semua dalam keadaan sihat bahagia disamping insan tercinta . Amin :) Entri kali ini Erny nak berkongsikan info yang sangat sangat amat berguna untuk seluruh insan yang bergelar WANITA . Mohon dibaca sehingga habis demi kebaikan kita semua .

Apa itu senggugut ???
 

Senggugut merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi wanita . Sakit seperti ini 
memang sangat normal dan menjadi kebiasaan bagi para wanita semasa haid . Bila senggugut datang , memang ramai wanita mengalami banyak masalah seperti sakit perut , cepat letih dan sebagainya .

Bagaimana anda mengatasi senggugut ?

 

Mungkin ramai wanita yang diluar sana mengambil jalan pintas untuk mengambil paracetamol atau pain killer ( ubat tahan sakit ) bagi meredakan sakit senggugut ini . Betul ke betul ? Mesti betul ....

Mari dengar sedikit cerita . Baru baru ini , saya ada terserempak dengan seorang makcik yang menjual makanan . Kebiasaannya , makcik tersebut berniaga bersama partnernya . Namun pada hari tersebut , saya hanya melihat makcik yang pertama sahaja . Lalu kemudian bermulalah sesi berdialog antara saya bersama makcik tersebut ... 

Saya : Makcik , mana pergi makcik yang lagi satu ? 

 Makcik : Hang tak tahu ka ? Makcik tu dah tak boleh kerja lagi . 

Saya : Eh , kenapa pula ? 

Makcik : Buah pinggang makcik tu dah rosak . Nak kena dialisis . Tak boleh buat kerja sebab cepat rasa penat . Kesian dia . Umur baru 40 tahun . 

 Saya : Macam mana makcik tu boleh kena sakit buah pinggang ? 

 Haaaa . Nak tahu apa jawapannya ? Jeng jeng jeng ....... baca bawah ni . 

Makcik : Masa makcik tu anak dara , dia selalu kena senggugut . Bila senggugut , dia selalu amibil pain killer . 

 Saya : Ohhhhh . 

Apa kaitannya ? 

Nak tahu apa kaitannya ? Macam ni , pain killer atau paracetamol merupakan sejenis dadah . Sekiranya diambil secara kerap , boleh mengakibatkan kerosakan pada buah pinggang . Memang fungsi pain killer atau paracetamol adalah untuk mengurangkan kesakitan . Tapi tahukah anda tahu kesannya untuk jangka masa lama ? Kena ada ilmu Dalam apa jua aspek yang kita buat , mesti kena ada mentor dan ilmu . Lagi lagi dalam perubatan . 

Sekiranya kita tidak tahu apa apa tentang ubat yang kita ambil , mungkin akan menyebabkan sesuatu benda buruk berlaku pada masa hadapan . Ini lah akibatnya bila tiada ilmu . Ramai diantara kita yang salah membuat percaturan . Ingat makan paracetamol boleh settle semua nya ? Sekiranya anda jawab YA , anda SALAH BESAR . Cuba bayangkan makcik tadi . Umur baru 40 tahun , anak kecil lagi tapi dah berhabis banyak duit untuk dialisis . 

Dah tu , apa penyelesaiannya ?

 

Ambil GLA Shaklee . Suplemen ni memang membantu dalam memperbetulkan sistem dalaman wanita . Selain itu , GLA membantu menghilangkan rasa sakit senggugut . Tambahan pula , GLA sangat sangat membantu bagi period teratur . 

Apa kelebihan GLA ? 

Banyak kelebihan yang anda akan peroleh . Antaranya :-

 


Berikut merupakan testimoni pengguna yang mengambil GLA Shaklee :-




Banyak lagi manfaat dan kelebihan dengan pengambilan GLA shaklee . Semoga dengan pengambilan GLA shaklee ini , dapat mengurangkan risiko kerosakan buah pinggang . 

Feel free to LIKE and SHARE bila info ini berguna untuk anda semua . 
Share:
Read More
,

RM 2500 sebulan . Cukup ke ?

Di satu hari , duduk termenung ku seorang diri , merenung nasib diri , yang tiada bertepi . Adakah aku masih berdiri pada esok hari , menghadapi dunia yang serba mahal kini . Tapi ku yakin , bukan hanya aku yang bernasib sebegini .

----------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan salam ceria kepada semua yang Erny cintai . Semoga kita hidup dalam keadaan aman dan bahagia senantiasa . Amin :')

Kembali pada dunia realiti , adakah aku masih perlu seperti ini ? Melakukan rutin harian yang sama yang hanya bergaji RM 2500 sebulan sekali ..


Dengan bergaji hanya RM 2500 sebulan . Cukup ke nak makan ?

Cukup ke nak bagi mak ayah ?

Cukup ke nak beri pada orang yang memerlukan ?

Hmm . Tepuk dada tanya selera .


Zaman kini yang semakin bertambah harga barangan dan kos sara hidup , mampukah kita untuk menghadapi dunia pada esok hari ? Mungkin segelintir kita mampu , mungkin ada yang cukup cukup makan dan mungkin ada yang kekurangan sehingga terpaksa berhutang .

 RM 2500 sebulan .

RM 600 bayar loan rumah atau bayar sewa rumah .

RM 200 bayar hutang PTPTN , JPA , MARA / BANK .

RM  600 beli makanan .

RM 500 bayar loan kereta .

RM 300 bayar duit minyak kereta , tol , parking berbayar dan sebagainya .

RM 300 bayar bil air / elektrik atau kredit top up berbayar smartphone .

Kira punya kira semuanya berjumlah RM 2500 .

Mana baki untuk simpanan diri sendiri ?

Mana duit nak bagi dekat parents ?

Ini baru hidup membujang . Belum kahwin lagi . Kalau dah kahwin , makin bertambah kos perbelanjaan seharian . Kita sebagai wanita , nak harapkan duit si suami 100% ke ? Haih mana boleh harap sangat . Boleh botak suami fikir macam mana nak cari duit . Hehe :P

Jadi , apa nak buat sekarang ?

Carilah jalan keluar . Jangan seperti katak duduk di bawah tempurung !!!! Tak kan lah nak harapkan BR1M yang hanya beratus ringgit umtuk hidup setahun ? No no no no no .

Maka , mulai saat ini jugalah kita perlu BERUBAH because it's NOW or NEVER . Tak perlu tunggu esok , lusa atau bulan depan . Bertindak SEKARANG !!!

Ingatlah , kita berubah bukan untuk orang lain tetapi untuk diri , keluarga dan masa depan kita juga .Tak nak ke ubah hidup dari BIASA ke LUAR BIASA ? Saya yakin semua orng menginginkan hal yang sama . So tunggu apa lagi ? Jom berubah ..

Saya percaya dan sangat yakin kejayaan akan lebih mudah untuk kita capai bila kita ada mentor dan group yang betul . Dan alhamdulillah saya telah bertemu dengan bisness yang mudah (online je ) . Tapi yang paling best , saya telah bertemu dengan mentor yang terbukti berjaya bersama group yang sangat sangat hebat . Memang tak rugi sangat .

Jom download selagi masih percuma .  Jom download di sini

Semoga kita sentiasa berada dalam limpah rahmatnnya . Semoga kita sihat dan bahagia senantiasa . Amin :)
















Share:
Read More