Sunday 22 February 2015

, ,

Percutian mengejut ke Janda Baik

" Abang , jom lah pergi jalan-jalan ..Pergi Pulau Redang ke ... "

" Jom lah esok . Kita pergi Janda Baik ."

" Jom jom !!! "

Haa. Itu antara dialog yang berlaku pada petang tarikh 19 Februari 2015. Hehe

Alkisahnya, percutian hari ni merupakan percutian yang mengejut. Mana tak nya, sebelum pergi plan tak betul-betul. Kesudahannya, esok pagi ( 20 Februari ) tetiba abang datang serbu rumah .

" Hoi, jom lah pergi "

Haa apa lagi , memang kelam kabutlah. Dengan tak mandinya lagi. Hehe.. Namun alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar.

Lebih kurang jam 10 pagi, kami bertolak ke Janda Baik dari Gombak.

Perjalan agak lenggang . Tapi sempat juga jammed sementara masa melalui TOL .

Dua kereta membawa 10 orang yang terdiri daripada geng sepupu sepapat. Memang syok habis. Hehe...

Perjalanan menuju ke Janda Baik mengambil masa lebih kurang 1 jam. Alhamdulillah dengan selamatnya. Tepat jam 11.07 pagi, kami tiba disana dengan riang ria tawa gembira. Hehe

Bila dah parking, semua terus lari masuk air. Mai cuci mata tengok gambar dekat bawah ni :D

Air ni sejuk tau. Baru masuk kaki sampai buku lali pun dah gigil. Hehe




Nampak tak saya nampak comel disitu. Hehe :P

Lebih kurang 12.30 tengah hari, kami keluar dari berendam. Dengan lompat dari atas batu, hidung masuk air dan sebagainya, akhirnya kami pun keluar. Maklumlah. Pergi masa hari Jumaat. Berkejar dengan solat Jumaat untuk para Adam sekalian.

Tapi !!!

Sebelum balik, kami sempat ambil gambar lagi.



Acah acah lompat gitu. Hihi






Lebih kurang 30 minit tempoh perjalan menuju di rumah, akhirnya kami tiba dirumah .

Sesampai dirumah, makanan telah terhidang atas meja menunggu masa untuk dilahap. Siapa lagi yang masak kalau bukan ayahanda dan bonda yang berperang dalam dapur sejak kami pergi tadi. Hehe

Tapi nanti dulu , kenalah tunggu para adam habis solat Jumaat , barulah dapat makan.

Sempat berselfie sebelum makan. Hehe


Menu special. Siakap masak tiga rasa.



Haaa sedapkan ? Bila para adam balik je, kami terus makan sampai kenyang.... Hehe

Alhamdulillah. Percutian kali ini, dapat kami isi dengan aktiviti beriadah dan makan bersama walaupun jarak antara rumah agak jauh.

Semoga hubungan yang terjalin ini dapat menjadi lebih rapat.

Ya Allah, aku bersyukur kerana Engkau telah mengatur segala yang terbaik untuk ku. Alhamdulillah
Share:
Read More