Monday, 9 May 2016

PROMOSI SHAKLEE BULAN MEI 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Apa khabar anda semua ?

Saya doakan anda dalam keadaan sihat dan bahagia di samping keluarga tersayang .

Aamiin 🌸

Dalam entri kali ini saya nak kongsikan sesuatu yang best tau 😍

Korang tahu tak ?

Bulan ni ada buat promosi COLLAGEN POWDER , ALFALFA DAN VITALEA KIDS CHEWABLE tau !!

Harga berapa ?

MEMANG TERLAJAK MURAH DARI BIASA 😱😱😱

Apa kelebihan COLLAGEN POWDER SHAKLEE ni ?


Ini antara testimoni dari pengguna COLLAGEN POWDER SHAKLEE




Apa kelebihan ALFALFA SHAKLEE ?


Ni antara testimoni pengguna ALFALFA SHAKLEE




Ini kelebihan untuk VITALEA KIDS CHEWABLE SHAKLEE




Banyakkan khasiat yang anda akan dapat kalau anda mengambil prodk terlajak laris di atas ni . Rugi tau kalau tak cuba 😁

ANDA PATUT CUBA !!

Kalau anda berminat , sila WHATSAPP ke nombor saya . Erny 0142277059 😁

Share:
Read More

Monday, 18 April 2016

, , , , , ,

TURUN 4 KG WALAUPUN SUDAH 50 TAHUN !!

Assalamualaikum dan salam bahagia semua .

Apa khabar ? Saya doakan kita semua sentiasa sihat dan ceria hari ini dan hari seterusnya . Aamiin ...

Hari ni nak share satu kisah menarik .

Tentang apa ? Haa ni dia .......

Tiba masanya peserta NOW EVERYONE CAN KURUS Batch 15 menuai hasil yang pertama....

Tu...dia....turun 4kg dalam tempoh 2 minggu walau usia sudah separuh abad...

Sampai ada yang tak percaya dapat turun berkilo-kilo sebab sebelum ni nak turun berat macam siput...😅

Apa aje USAHA pasti akan ada hasilnya....

Yang pasti....raya ni peserta-peserta Program Diet NECK bukan saja dapat baju raya baru.... silap-silap, kasut, seluar, baju kecik, seluar kecik pun berSAIZ baru....

Hurrrmmmm...untungnya jadi peserta-peserta NECK...

Pastikan anda mendaftar sebelum 29 April 2016 untuk menjadi peserta EKSKLUSIF Program NECK. Tempat adalah TERHAD.

Psstt....khabarnya penganjur NECK akan mengemaskini harga pakej.

Pakej akan datang mungkin akan ada perbezaan dengan pakej sekarang.

Jangan lambat daftar....

Raya ni WAJIB KURUS...

JOM WHATSAPP " SAYA NAK KURUS " ke 014-2277059 sekarang !!!








        


                                          HUBUNGI SAYA ERNY FILZAH KE 014-2277059 SEKARANG !!!


                       Saya doakan anda kurus dan sihat bersama yang tersayang ❤️

Share:
Read More

Wednesday, 16 September 2015

Success story ERNY FILZAH


Assalamualaikum dan salam kejayaan .

Apa khabar semua ?

Saya doakan anda semua sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera .

Kisah kejayaan seorang REMAJA

Bismillah . Hari ni kongsi sedikit kisah hidup seorang ERNY FILZAH .

Tatkala remaja diluar sana yang berumur 21 tahun sedang berbahagia dengan kehidupan sebagai pelajar diploma . Bahkan mungkin ada yang menyandang gelaram sebagai pelajar degree , berbeza dengan keadaan Erny yang sekarang .

Mungkin SAMA tapi TAK SERUPA .

Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu . Erny belajar sampai tahap SPM sahaja . Berbekalkan keputusan 3A 2B 4C dalam bidang sains tulen dan tekad yang kuat , Erny mampu berdiri tegak sehingga ke hari ini kerana menggalas tanggungjawab besar sebagai anak sulong dalam keluarga .

Bukan tak ingin sambung belajar . Bohong kalau Erny cakap Erny tak ada keinginan untuk meneruskan pelajaran . Tetapi disebabkan niat dan tekad yang tinggi ingin membantu meningkatkan taraf hidup keluarga terlebih dahulu , membuat niat untuk sambung belajar Erny tunda buat seketika .

Erny bukan lah dari keluarga yang serba ada . Dan bukan juga dari keluarga yang kaya raya .

Pernah suatu ketika . Kereta satu satunya milik ayah ingin ditarik oleh pihak kereta . Kerana tak mampu untuk membayar ansuran tiap bulan . Yang sudah tertunggak berbulan bulan lamanya .

Pernah juga satu ketika , hidup kami hanya makan kais pagi makan pagi . Kais petang makan petang . Semua serba terhad .

Pernah suatu dahulu ketika bergelar pelajar sekolah , erny bukan seperti remaja yang lainnya .

Bila habis waktu sekolah , remaja lain pulang ke rumah untuk berehat atau mungkin keluar berjalan jalan . TETAPI Erny TIDAK .
 Tika tamat sesi persekolahan , Erny tidak duduk dirumah . Tetapi Erny terus ke kedai makan ibu untuk membantu melakukan pekerjaan sehingga ke malam hari .

Waktu belajar ? Dari pukul 10 pagi hingga 12 malam . Kemudian disambung semula sebelum azan subuh berkumandang sehinggalah tiba masa bersiap sedia untuk kesekolah pada waktu sesi pagi .

Bila dikenang kisah lalu , membuat hati sebak dan ingin menangis .

Setelah habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia , datang satu tekad yang besar . Tekad besar untuk membantu keluarga .

YA . AKU PERLU MELAKUKAN SESUATU . AKU PERLU BUANG SIFAT MALAS DALAM DIRI .

Hari berganti hari .
Bulan berganti bulan .
Tahun berganti tahun .

Macam macam bisness yang Erny buat tetapi tak menjadi . Langgar dinding selalu kerana tak ada ilmu dan mentor .

Sehingga ke suatu hari , Abang Din  ( Mus Deanial ) mengajak Erny untuk sertai Shaklee .

Sejujurnya , ketika menjadi ahli , Erny TAK TAHU APA ITU SHAKLEE . Sebab abang tak pernah cerita apa apa . Sehinggalah Erny dapat starter kit . Erny baca dan fahami isi apa yang ada didalam beg hitam tersebut .

Hari demi hari Erny pelajari apa yang disembangkan dalam group telegram . Mulanya agak blur . Tapi lama lama baru ku mengerti .

Bermulanya niat bisnes dalam Shaklee apabila pulang menghadiri OMG pada 24 Mei 2014 . Selang berapa hari Erny menjadi ahli Shaklee .

Pada waktu tu , banyak ilmu yang Erny dapat .

HIDUP KENA ADA MATLAMAT . MALU TOLAK KE TEPI .

Ni antara ayat ayat yang pernah diucapkan master Firdaus .

Nak diringkaskan cerita , banyak ilmu baru yang Erny dapat . Dan banyak juga cabaran yang pernah Erny lalui .

Berusaha bulan demi bulan sehingga berganti tahun , akhirnya usaha Erny membuahkan hasil .

Usaha itu tangga kejayaan .

Di branch Shaklee KL . Diminta untuk kongsi kisah kejayaan .


Pada bulan Julai 2015 , Erny berjaya naik rank menjadi Supervisor dan berjaya meraihkan income 4 angka sebulan bersama shaklee . Hasil dorongan keluarga , mak ayah shaklee , atuk nenek shaklee , anak anak shaklee dan rakan rakan seperjuangan . Serta niat untuk lebih ramai lagi menambah baik hidup orang lain .



Income 4 angka yang berjaya saya capai bersama Shaklee

Alhamdulillah Erny dapat capai target yang Erny inginkan . Syukur Ya Allah .

Semoga lepas ni Erny dan kita semua dapat membantu lebih ramai orang lagi diluar sana .

Jom Bangkit ! Teruskan perjuangan dengan lebih hebat !! Jangan pernah mudah putus asa 💪💪💪💪

Jutaan terima kasih sekali lagi yang tak terkira untuk insan yang selalu ada dan selalu membantu terutama sekali ibu , ayah serta Abang Din dan Kak Nadia . Juga untuk Master Firdaus dan Mater Maria .

Semoga kita semua menjadi insan yang kaya dan berjaya dunia akhirat . Aamiin 😊😊



Inginkan supplements terbaik untuk anak, suami, isteri dan keluarga tersayang?

Inginkan side income 3-4 angka sebulan dengan bisnes online Shaklee hanya dengan 'RM0 modal' ?

Hubungi Erny untuk :-

FREE CONSULTATION

and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE !


ERNY FILZAH
( DOKTOR KECIL COMEL )

Shaklee ID : 1145078



014-2277059 (SMS/WhatsApp)





Share:
Read More

Wednesday, 19 August 2015

, ,

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita

Assalamualaikum .

Apa khabar semua ? Saya doakan kita semua dalam keadaan sihat sentiasa . Aamiin

Hari ni Erny nak share satu benda penting . Semoga bermanfaat untuk wanita diluar sana .

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)



2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)



4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)



11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

p/s : Semoga dapat membantu dan semoga bermanfaat . FEEL FREE TO LIKE and SHARE :)

Inginkan supplements terbaik untuk anak, suami, isteri dan keluarga tersayang?

Inginkan side income 3-4 angka sebulan dengan bisnes online Shaklee hanya dengan 'RM0 modal' ?

Hubungi Erny untuk :-

FREE CONSULTATION

and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE !

ERNY FILZAH

Shaklee ID : 1145078



014-2277059 (SMS/WhatsApp)
Share:
Read More

Sunday, 22 February 2015

, ,

Percutian mengejut ke Janda Baik

" Abang , jom lah pergi jalan-jalan ..Pergi Pulau Redang ke ... "

" Jom lah esok . Kita pergi Janda Baik ."

" Jom jom !!! "

Haa. Itu antara dialog yang berlaku pada petang tarikh 19 Februari 2015. Hehe

Alkisahnya, percutian hari ni merupakan percutian yang mengejut. Mana tak nya, sebelum pergi plan tak betul-betul. Kesudahannya, esok pagi ( 20 Februari ) tetiba abang datang serbu rumah .

" Hoi, jom lah pergi "

Haa apa lagi , memang kelam kabutlah. Dengan tak mandinya lagi. Hehe.. Namun alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar.

Lebih kurang jam 10 pagi, kami bertolak ke Janda Baik dari Gombak.

Perjalan agak lenggang . Tapi sempat juga jammed sementara masa melalui TOL .

Dua kereta membawa 10 orang yang terdiri daripada geng sepupu sepapat. Memang syok habis. Hehe...

Perjalanan menuju ke Janda Baik mengambil masa lebih kurang 1 jam. Alhamdulillah dengan selamatnya. Tepat jam 11.07 pagi, kami tiba disana dengan riang ria tawa gembira. Hehe

Bila dah parking, semua terus lari masuk air. Mai cuci mata tengok gambar dekat bawah ni :D

Air ni sejuk tau. Baru masuk kaki sampai buku lali pun dah gigil. Hehe




Nampak tak saya nampak comel disitu. Hehe :P

Lebih kurang 12.30 tengah hari, kami keluar dari berendam. Dengan lompat dari atas batu, hidung masuk air dan sebagainya, akhirnya kami pun keluar. Maklumlah. Pergi masa hari Jumaat. Berkejar dengan solat Jumaat untuk para Adam sekalian.

Tapi !!!

Sebelum balik, kami sempat ambil gambar lagi.



Acah acah lompat gitu. Hihi






Lebih kurang 30 minit tempoh perjalan menuju di rumah, akhirnya kami tiba dirumah .

Sesampai dirumah, makanan telah terhidang atas meja menunggu masa untuk dilahap. Siapa lagi yang masak kalau bukan ayahanda dan bonda yang berperang dalam dapur sejak kami pergi tadi. Hehe

Tapi nanti dulu , kenalah tunggu para adam habis solat Jumaat , barulah dapat makan.

Sempat berselfie sebelum makan. Hehe


Menu special. Siakap masak tiga rasa.



Haaa sedapkan ? Bila para adam balik je, kami terus makan sampai kenyang.... Hehe

Alhamdulillah. Percutian kali ini, dapat kami isi dengan aktiviti beriadah dan makan bersama walaupun jarak antara rumah agak jauh.

Semoga hubungan yang terjalin ini dapat menjadi lebih rapat.

Ya Allah, aku bersyukur kerana Engkau telah mengatur segala yang terbaik untuk ku. Alhamdulillah
Share:
Read More

Saturday, 20 December 2014

,

Kau Hero Ku !!

Assalamualaikum dan salam bahagia semua.

Apa khabar ?

Saya doakan supaya anda semua senantiasa sihat dan bahagia disamping keluarga tercinta.

Aamiin

Entri kali ini saya nak kongsikan satu fakta menarik tentang losyen ajaib

Ada apa dengan losyen ajaib tu ?

Kau penyeri hidup ku

Secara jujurnya, Erny jenis yang susah pakai losyen. Nak pergi mana mana pun tak bawa losyen. Ish ish ish

Tapi !!

Sejak Erny kenal dengan satu produk ni, Erny terus jatuh cinta.

Nak tahu apa ? Ni dia...

Ni dia losyen ajaib tu.. HERBAL BLEND LAHHH.. :D

KENAPA AKU BOLEH JATUH CINTA DENGAN HB ?

Bukan senang nak buat Erny jatuh cinta. Tapi bila dah jatuh cinta, memang susah nak berpaling pada yang lain.

Aiceceh... Acah acah sweet kunun :p

Tapi seriously, losyen ni memang best. Meh Erny kongsikan kenapa losyen Herbal Blend ni best.

(1) Dingin pada kulit !!
(2) Menggunakan estrak herba semulajadi.
(3) Tak berminyak dan tak melekit !!
(4) Mudah meresap.
(5) Aroma yang menenangkan.
(6) Mudah digunakan.
(7) Mudah dibawa kemana sahaja.
(8) Sesuai untuk semua golongan.
(9) Dijamin berkesan.
(10) Tanpa STEROID !!
(11) Yang paling penting , HALAL

APA YANG BESTNYA HERBAL BLEND NI ?

Jangan tak tahu. Herbal Blend ni banyak manfaatnya tau.

Herbal Blend dapat membantu melembutkan kulit dan tumit pecah !! Untuk hilangkan ruam pada bayi pun boleh. Tak percaya ? Mai tengok ni

Ni sebelum pakai Herbal Blend. Nampak kering !!

Ni lepas pakai Herbal Blend. Nampak fresh je tangan kan ? Tangan Erny tu. Hihi



Ni keadaan tumit kaki yang pecah sebelum dan selepas guna Herbal Blend .


Di samping itu, Herbal Blend dapat menyelsaikan masalah kulit gatal / eczema.


Selain itu, Herbal Blend dapat membantu kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam. Yang paling bestnya, Herbal Blend boleh dijadikan untuk kegunaan seharian tau !!



APA KATA MEREKA TENTANG HERBAL BLEND ?




Nampak tak ? Banyak sangat manfaat yang anda akan peroleh. Rugi kalau tak cuba !! Jom cuba !! Jom jadikan Herbal Blend sebagai losyen ajaib harian kita :)

Inginkan supplements terbaik untuk anak, suami, isteri dan keluarga tersayang?

Inginkan side income 3-4 angka sebulan dengan bisnes online Shaklee hanya dengan 'RM0 modal' ?




Hubungi Erny untuk :-


FREE CONSULTATION

and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE !


ERNY FILZAH
Shaklee ID : 1145078
014-2277059 (SMS/WhatsApp)

Share:
Read More

Thursday, 4 December 2014

,

Jerawat Kecut Kerana Vivix

Assalamualaikum dan salam bahagia semua .

Apa khabar ? Semoga kita semua dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tercinta . Aamiin .

Entri kali ini Erny nak kongsikan satu cerita menarik .

Bermula kisah diriku yang TENSION akibat timbulnya " bintik bintik nakal " yang hinggap di muka.

Sampai akhirnya , terpaksa berVivix sebab nak kecutkan jerawat. Hihi

Vivix tinggal sikit

Sebelum ni ada baca blog Master Nana . Beliau menggunakan vivix sebagai masker dimuka .

Wah . Kerlass gitu ...

Lepas tu , Erny tengoklah semua gambar yang diupload . Dari bermulanya sapu vivix ke muka sampailah lepas basuh muka . Memang cantiklah lepas basuh muka tu . Muka nampak kemerah-merahan .

Apalagi....

Naluri wanita yang ingin tampil cantik , saya pun pergilah tiru Master Nana nak buat masker vivix.

Kebetulan Vivix tinggal sikit masa tu. So, Erny buatlah masker.

Akhirnya , taaarraaaa......




Terpaksa pakai masker ViVix juga. Hihi

Pakai masker vivix dalam 30 minit je . Ingat nak bawa masuk tidur . Tapi memandangkan vivix ni rasa sedap , risaulah pula kalau ada semut datang menggigit . Hehe

Jerawat Terkecut

Mulanya , erny buat masker vivix sebab nak bagi kulit cantik .

Tup tup tup ,

Jerawat yang datang bertamu jadi kecut pula . Wahh . Jangan main main.

Vivix memang the best tau.

Tak percaya tak apa. Cuba je :D

Vivix tu apa ? Haa ni dia gambarnya..


Wajib tahu

Vivix ni banyak manfaatnya. Bukan setakat boleh buat masker je tau.

Vivix ni tonik ajaib !! Boleh buat muka nampak awet muda !!! Macam macam BONUS yang akan anda rasai dengan sebotol VIVIX !!

Vivix dapat memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Dan ini akan menyebabkan penurunan fungsi sel.

Di samping itu, Vivix membantu menguatkan sel tubuh dalam membaiki DNA. Setiap hari tubuh kita mengalami kerosakan DNA menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat.

Vivix dapat membantu melambatkan serta melindungi DNA sel tubuh kita agar tetap sihat. Vivix amat sesuai diambil oleh mereka yang baru sahaja selesai menjalani awatan pemulihahan kanser seperti kemoterapi bagi mengembalikan sel tubuh kepada keadaan asal.

Tambahan pula, Vivix dapat membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Vivix dapat membantu mengembalikan keremajaan yang anda idamkan !!!

Vivix kini menjadi perhatian pengguna seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungannya di samping dapat melawan pelbagai jenis penyakit.

Dengan hanya sesudu sehari , anda akan dapat merasai perbezaannya .

TAK PERCAYA ?

TAK PERCAYA TAK APA. TRY LAHH. BARU TAHU APA HASILNYAAA .... HIHI

Inginkan supplements terbaik untuk anak, suami, isteri dan keluarga tersayang?

Inginkan side income 3-4 angka sebulan dengan bisnes online Shaklee hanya dengan 'RM0 modal' ?


Hubungi Erny untuk :-


FREE CONSULTATION

and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE !


ERNY FILZAH

Shaklee ID : 1145078

014-2277059 (SMS/WhatsApp)

Share:
Read More