Saturday 28 June 2014

Terbang Di Langit Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam ceria semua . Huuu . Mesti semua excitedkan nak puasa . Samalah macam erny . Belum start puasa pun dah kecoh pasal hari raya . Haha . Maklumlah . Siapa yang tak suka hari raya kan ? Hehe ..

Mungkin agak terlewat entri ini untuk erny tulis . Sebab nak cerita tentang sehari sebelum berpuasa . Namun apa kan daya . Sepatutnya entri ni nak tulis semalam tapi masa dan keadaan yang kurang mengizinkan sebab semalam erny agak kurang sihat . Hmm .

Tak apalah . Past is past . Tapi erny nak cerita juga tentang KEBAHANGAN MENYAMBUT BULAN RAMADHAN .

Uji kesabaran dan kekuatan .

Semalam , erny bersama adik pergi ke Gombak dari Ampang dalam pukul 2 petang . Astaghfirullah . Sungguh tak sangka bila laluan menuju ke Gombak sangat sangat sesak . Rasa macam nak nangis . Macam mana tak nangis . Jammed yang melampau . Nak bergerak dari satu arah ke satu arah memang sangat sangat mengambil masa yang lama . Dengan memandu kereta jenis manual , memang sangat menguji kesabaran dan kekuatan . Fuhh ....

Sesak sesak sesak .

Hari Sabtu di Kuala Lumpur memang tak ada beza seperti waktu berkerja pada hari lain . Kerja atau tak , memang akan jammed ! Wahhh . Tapi semalam memang agak luar biasa . Biasanya , walaupun hari Sabtu , kawasan bandar " agak " longgar memandangkan hari cuti berkerja . Namun hari Sabtu semalam memang sangat mengejutkan . Mungkin ramai orang yang mengambil kesempatan untuk keluar berbelanja memandangkan hari keesokannya bermula hari puasa . Jammed tak payah cerita . Memang sesak !

Pasaraya Ong Tai Kim penuh !

Percaya atau tidak , sampai sahaja di Gombak , Erny dapati bahawa Pasaraya Ong Tai Kim ( OTK ) penuh dan sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu nak berbelanja . Waw . Memang untung besarlah tauke OTK tu . Hihi . Alhamdulillah . Tak apa . Rezeki jangan ditolak :)

Terbang di awan biru .

Memang seronok sangat nak sambut bulan puasa ni . Rasa nak terbang je bila nak lalu kawasan Kuala Lumpur . Senang sikit . Pergi mana-mana pun boleh on time . Ye tak ? Agak-agak bilalah ada jet peribadi sendiri . Hehe

Shopping raya .

Rasa bahang hari raya ! Wuuu tak sabarnya . Ini cerita best untuk hari ni . Baru sehari puasa , ayah dah shopping seorang diri dekat Aeon Wangsa Maju . Ish . Dah lah tak ajak kami sekeluarga T_T . Tak apa . Yang penting , adalah barang yang dibelikan . Hehe .

Haaa . Hari ni dah lulus untuk Ramadhan yang pertama . Semoga amalan kita diterima olehnya . Sampai disini sahaja entri Erny kali ini . Lain kali sambung cerita baru ye ? Hee

Semoga kita menjadi insan yang lebih baik dan berguna . Salam sayang penuh cinta dari saya , Erny Filzah ;)

Share:
Read More

Thursday 26 June 2014

Kebaikan Berjalan Kaki

Assalamualaikum dan salam jumaat untuk semua . Hari ni erny nak berkongsi tentang kebaikan berjalan kaki . Haaaa . Ada kebaikan ? Mestilah ada ....

Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali . Menurut satu kajian , berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit . Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang .

Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya . Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-

1. Serangan Jantung

Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti .

Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh . Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini . Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung .

2. Stroke

Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga .

3. Membakar Lemak

Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh . Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki , kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar , kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi .

4. Melangsingkan Badan

Jika anda kelebihan berat badan , mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam .

5. Kanser

Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).

Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain , berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara .

6. Mencegah Osteoporosis

Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.

Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis

Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).

Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi

Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi .

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua . Salam sayang penuh cinta dari saya . Hehe ;)

Share:
Read More

Sunday 22 June 2014

Kebaikan sayur-sayuran dan buah-buahan .

Assalamualaikum semua . Haii . Malam ni Erny nak berkongsi tentang kebaikan sayur-sayuran dan buah-buahan . Segelintir orang selalu menganggap sayur tak sedap . Betul tak ? Sebenarnya sayur paling sedap .

Jika diberi pilihan antara makan sayur dan minum jus sayur , pasti ramai memilih minuman kerana rasanya yang lebih enak selepas ‘diubah suai’ dengan mencampurkan sedikit gula atau perahan buah-buahan seperti limau .

Betul ke betul ? Hehe ..

Bukan mudah memujuk kanak kanak untuk makan sayur . Lidah mereka seolah-olah sangat sensitif pada rasa sayur-sayuran . Ada kanak-kanak meluahkan makanan hanya kerana kehadiran cebisan kecil sayur yang dianggap sebagai ‘benda asing’.

Soal kanak-kanak tidak suka makan sayur adalah perkara biasa , tetapi perkara sama juga berlaku pada ramai orang dewasa .

Orang dewasa juga ada banyak kerenah apabila disuruh makan sayur . Ada yang merasakan kebanyakan sayur terasa pahit dan ada pula tidak makan sayur berdaun hijau tetapi tetap mahu ia dimasukkan ke dalam makanan (seperti sawi di dalam mee atau nasi goreng) sekadar untuk mendapat ‘rasanya’.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan kita mengambil antara 400 hingga 500 gram sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. Ini bersamaan dengan lima hidangan sayur dan buah iaitu hanya 80 gram satu hidangan.

Kajian menunjukkan pengambilan serat yang mencukupi melalui sayur-sayuran dan buah-buahan boleh menyelamatkan sehingga 2.7 juta nyawa atau mengurangkan beban penyakit di seluruh dunia sebanyak 1.8 peratus setahun.

Nampak tak apa manfaatnya ? :D

Kekurangan makan sayur-sayuran dan buah-buahan antara 10 faktor risiko utama kepada peningkatan kadar kematian yang mengakibatkan 31 peratus penyakit jantung dan 11 peratus serangan strok setahun di seluruh dunia.

Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa WHO menganggarkan, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi boleh mengurangkan lima hingga 12 peratus kanser (secara keseluruhan) dan 20 hingga 30 peratus kanser usus .

Untuk penyakit kardiovaskular (jantung) pula, banyak bukti menunjukkan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh mengurangkan risiko kerana kepelbagaian kandungan fitonutrien, kalium dan serat mempunyai manfaat tersendiri .

Jika makan sayur itu payah, antara cara yang boleh dilakukan bagi mendapatkan bekalan serat harian mencukupi ialah dengan melebihkan pengambilan buah-buahan. Namun bagi pesakit kencing manis, pengambilan buah mesti dalam had yang dibenarkan supaya tidak mengganggu kawalan paras gula darah kerana semua buah-buahan mengandungi gula semula jadi.

Untuk membantu meningkatkan pengambilan serat pada kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak suka makan sayur, anda boleh menyediakan jus buah (yang diproses seluruhnya tanpa diasingkan seratnya).

Beberapa kajian mendapati jus buah membantu melindungi daripada kanser melalui mekanisme pengurangan kerosakan oksidatif akibat tindakan radikal bebas .

Malah, ada kajian menunjukkan pengambilan jus buah mampu merendahkan risiko penyakit jantung dan Alzheimer. Untuk mendapatkan kesan perlindungan ini, kita perlu minum jus buah atau sayur yang 100 peratus asli iaitu sama seperti memakan sayur atau buah itu .

Persoalannya, bagaimana hendak mengetahui jus asli daripada berpuluh jenama di pasaran ? Menurut Timbalan Presiden merangkap perunding nutrisi PepsiCo International, Dr Dondeena Bradley, pilih jenama yang menawarkan 100 peratus jus buah; yang mungkin hanya ditambah sedikit air dan tidak mengandungi gula tambahan .

Katanya, sebelum membeli, baca labelnya dulu. Pastikan pada label tidak ditambah bahan lain kecuali jus buah itu sendiri, sedikit air (jika ada) dan kadangkala pengawet semula jadi .

Bagaimana hendak membezakan jus buah asli dengan lain-lain jus buah? Dalam soal ini, anda perlu lihat perkataan yang tertera pada botol, sama ada minuman jus (juice beverage) yang mengandungi 35 peratus jus buah atau minuman buah-buahan (fruit beverage) yang hanya mempunyai lima peratus jus buah .

“Jus buah tulen (100 peratus) adalah makanan tambahan terbaik yang mampu memenuhi keperluan badan harian. Komiti Penasihat Garis Panduan Pemakanan 2005 Amerika Syarikat mengatakan jus buah tulen membekalkan sesetengah vitamin dan garam galian yang lebih baik berbanding memakan buah itu sendiri. Malah, kadangkala cara pemprosesan jus buah juga boleh meningkatkan paras fitonutrien.

“Segelas jus buah (240 mililiter) membekalkan cukup vitamin C dan kalium (potassium) harian dan kaya dengan folat serta fitonutrien. Ia juga bersamaan dua hidangan sayur atau buah,” katanya sempena pelancaran Jus Oren 100 Peratus Tropicana.

Jus oren tulen mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan, terutama kandungan antioksidan, vitamin dan garam galian yang membantu badan melalui pelbagai cara iaitu:

# Vitamin C — Agen antioksidan yang sangat penting untuk meningkatkan kesihatan kulit dan gusi. Ia juga meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber tumbuh-tumbuhan.

# Kalium — Ia membantu mengekalkan tekanan darah dalam julat normal dan mengurangkan risiko strok. Kalium boleh didapati daripada banyak jenis makanan tetapi kuantitinya sedikit. Antara makanan yang kaya kalium ialah pisang, bayam dan susu rendah lemak.

# Folat — Ia membantu mengurangkan kecacatan otak atau saraf tunjang dan merangsang penghasilan sel darah merah yang sihat.

# Oren juga mengandungi pelbagai jenis fitonutrien seperti flavonoid dan karotenoid. Fitonutrien ialah komponen yang wujud semula jadi dalam sesetengah makanan dan minuman seperti oren dan berfungsi sebagai antioksidan.

Manfaat jus oren tulen

> Vitamin C — Agen antioksidan yang sangat penting untuk meningkatkan kesihatan kulit dan gusi. Ia juga meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber tumbuh-tumbuhan.

> Kalium — Ia membantu mengekalkan tekanan darah dalam julat normal dan mengurangkan risiko strok. Kalium boleh didapati daripada banyak jenis makanan tetapi kuantitinya sedikit. Antara makanan yang kaya kalium ialah pisang, bayam dan susu rendah lemak.

> Folat — Ia membantu mengurangkan kecacatan otak atau saraf tunjang dan merangsang penghasilan sel darah merah yang sihat.

> Oren juga mengandungi pelbagai jenis fitonutrien seperti flavonoid dan karotenoid. Fitonutrien ialah komponen yang wujud semula jadi dalam sesetengah makanan dan minuman seperti oren dan berfungsi sebagai antioksidan .

Haaa . Banyak kan manfaat yang kita dapat bila makan sayur-sayuran dan buah-buahan ? Tak rugi ...

Bukan kanak-kanak saya yang perlu " dipaksa " makan , tetapi orang dewasa juga .

Jom makan sayur selalu . Semoga kita makin sihat dan cergas selalu ;)

Share:
Read More

Friday 20 June 2014

, ,

SET KULIT CANTIK SHAKLEE : Kulit Cantik, Putih, Berseri Dengan ESP Shaklee



ANDA INGINKAN KULIT CANTIK MENAWAN ?
ANDA INGINKAN KULIT PUTIH BERSERI ? 
ANDA INGIN KELIHATAN MUDA DAN GEBU ?
JIKA YA , ANDA PERLU BACA ENTRI INI SEHINGGA HABIS
 Assalamualaikum dan salam bahagia kepada semua .

Hari ni ambil kesempatan nak kongsi cerita tentang kecantikan .  Nak tahu ? Jom baca sampai habis.

Inginkan kulit cantik dan putih berseri serta awet muda ? 


Setiap wanita inginkan kulit yang cantik berseri .. Tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat .

Jawapannya ringkas je . Anda harus mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat . Kena rajin bersenam untuk tingkatkan metabolisme badan agar kekal langsing . Selain itu , kita kena amalkan pemakanan tinggi protein bagi menggalakkan pembentukan sel yang sihat :)

Nampak senang dan mudah . Betul tak ? 

Tapi ramai ke yang memastikan diet seimbang setiap hari ? Dengan kesibukan seharian dan cara hidup zaman sekarang yang sentiasa terkejar sana terkejar sini , mampukah kita memberi yang terbaik untuk badan kita ? TEPUK DADA TANYA SELERA . ...

Adakah dengan mengambil makanan FASTFOOD setiap hari memberikan zat yang terbaik untuk badan kita ??

Jadi , kita perlu mencari penyelesainnya . Cubalah ESP Shaklee !!! In sha Allah ianya boleh membantu anda sentiasa cantik , berseri dan pastinya bertenaga menghadapi hari-hari yang penuh mencabar !!

JOM KENAL ESP SHAKLEE ..

K


ESP atau energizing soy protein Shaklee ( protein soya ) merupakan produk yang diiktiraf seluruh dunia sebagai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan . Shaklee hanya menggunakan kacang soya non-GMO di dalam produk ESP ni .

Ia satu-satunya produk yang mengandungi 9 asid amino penting yang tak dapat dihasilkan semuanya oleh tubuh manusia. Ia juga mengandungi 5 vitamin dan 4 mineral penting yang menyokong penyerapan protein . ESP Shaklee memiliki indeks glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 .

Harganya pun berbaloi jika dibandingkan dengan jenis yang sama dalam kelasnya . 30kg kacang soya digunakan untuk menghasilkan satu canister ESP Shaklee (850 gram) tu . Jadi , boleh bandingkan bagaimana protein yang asli didapati dari kacang soya terpilih ni .

APA KHASIAT ESP SHAKLEE???

💐 Menjadikan kulit muka cantik , gebu , halus dan berseri . 
💐 Membantu hilangkan parut akibat jeragat dan jerawat . 
💐 Membekalkan tenaga berjam lamanya dan menjadikan badan cergas .
💐 Tidak cepat letih . 
💐 Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dengan cepat dan banyak .
💐 Kulit kembali tegang dan anjal . 
💐 Membantu menganjalkan payudara . 
💐 Cepat kenyang dan membantu dalam proses menurunkan berat badan bagi ibu hamil . 
💐 ESP Shaklee membantu perkembangan tumbesaran bayi dan kesihatan ibu . 
💐 Untuk yang mengalami masalah kesuburan , ESP Shaklee membantu membentuk tisu rahim dan sel ovum serta sel sperma yang sihat dan sempurna .

Haa nampak ke nampak ? Banyak manfaat yang akan anda dapat bila anda mengambil ESP Shaklee sebagai " FASTDRINK " berkhasiat anda setiap hari . ESP Shaklee merupakan salah satu suplemen penting dalam SET KULIT CANTIK SHAKLEE . Memang rugi kalau tak cuba tau . Hehe

TERTARIK ??? JOM CUBA ESP SHAKLE SEKARANG !!!

Boleh mesej / whatsapp untuk maklumat lanjut  ke +60142277059 

E R N Y F I L Z A H
+60142277059
JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE !! 
Shaklee ID 1145078


Share:
Read More

Thursday 19 June 2014

Tuntut Ilmu Walau Dimana Sahaja

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk anda semua . Semoga hidup semakin ceria dan bahagia . Amin :)

Tuntut ilmu walau dimana sahaja kita berada . Alhamdulillah . Hari ini erny BERI MASA untuk luangkan masa melawat ke branch untuk membeli barang disana .

Allah Sebaik-baik Pengatur Kejadian . Syukur . Perjalanan menuju ke branch tidak begitu sukar untuk ditempuh ..Yelahh . Duduk dekat KL . Memang tak lari daripada trafik yang sesak . Namun alhamdulillah semuanya berjalan lancar .

Lepas balik dari branch , rutin biasa erny pada waktu petang , jadi " driver peribadi " untuk jemput adik di sekolah . Hehe . Kakak mithali lah ceritanya :P Walaupun agak jauh , tak apa . Demi adik tercinta , lautan akan ku seberangi . Aicehceh . Hehe .

Kemudian , erny singgah ke tempat servis air cond kereta . Servis servis servis , rasa macam lama je tunggu . So erny pun duduk dekat tempat menunggu . Alhamdulillah kemudahan dan servis yang diberi amat memuaskan .

Alang-alang sedang menunggu kereta sedang dibaiki , erny pun ambil kesempatan untuk " mengulang kaji " tentang produk shaklee . Walaupun agak sikit ilmu yang erny dapat , namun ianya sangat berguna .

Ya betul . Ilmu memang boleh dipelajari dimana sahaja . Yang penting niat kena betul . Always focus . Don't give up . Jangan banyak beri alasan . Itu yang penting . Hehe .

Rasanya itu sahaja yang dapat erny kongsikan . Mata pun dah mengantuk . Kita sambung lain kali ye ?

Salam sayang untuk semua :)

Share:
Read More

Tuesday 17 June 2014

Bersihkan Kolam Jiwa

Assalamualaikum ,

" Ya Allah , temukanlah aku dengan dengan orang yang boleh merubah hidupku ke arah yamg jauh lebih baik berbanding sekarang . Temukanlah aku dengan seseorang yang boleh meningkatkan taraf keimananku agar aku boleh menjadi manusia yang lebih bertaqwa ."

Ini adalah antara doa yang selalu mohon kepada Yang Maha Mendengar . Dan saya selalu menasihatkan agar sahabat saya turur berdoa seperti yang sedemikian rupa .

Alhamdulillah . Syukur kepadaNya . Allah mendengar doa saya . Minggu lepas , Allah telah mempertemukan saya dengan salah satu seorang jutawan  yang berkongsi rahsia kejayaannya kepada seluruh manusia yang hadir . Dan apa yang dikongsikan , benar-benar memberi inspirasi dan motivasi kepada saya . Syukur :)

Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan daripada Dr Azizan Osman .

Banyak perkongsian yang dikongsi oleh beliau kepada 8000 orang yang hadir . Wahh . Ramai sungguh kan ? Tapi percaya , tak rugi . Rasa bertuah sebab dapat menghadiri proses sebegini .

Erny akan berkongsi tentang apa yang erny peroleh selama 4 hari mengikuti Program IMKK ini . DAO berkata :-

(1) Apabila ingin melakukan sesuatu , lakukan secara konsisten .
- Lakukan dengan fokus .
- Jangan mudah berputus asa dengan setiap apa yang kita lakukan .
- Percayalah , Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan . Bila kerja keras dan bersungguh-sungguh , pasti akan membuahkan hasil . Dan hasilnya akan muncul sama ada cepat atau lambat . Bersabar .

(2) Fast Action , Fast Result  .
- Kita perlu berani dalam mencuba sesuatu . Jangan takut . Kerana TAKUT merupakan musuh utama dalam setiap kejayaan  .

(3) Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan sesuatu sampai HABIS .
- Nak berjaya ? Buat sesuatu sampai Habis . Walau apa jua rintangan dan halangan , jangan menyerah .
- Semangat !
- Kejar apa yang ingin kita capai .

(4) Orang yang gagal melakukan sesuatu SEPARUH JALAN .
- Ingatlah . Orang yang gagal adalah orang yang mudah menyerah kalah .
- Kuatkan semangat . Kentalkan jiwa dalam menempuh pahit manisnya roda kehidupan .

(5) Ego .
- Ramai orang yang hancur kerana EGO .
- Maka dari itu , kawal ego anda . Jangan sampai ego menghancurkan diri .

(6) Mentor .
- Jika ingin melakukan sesuatu , sama ada memulakan perniagaan , pastikan anda mempunyai mentor .
- Mentor sangat penting kerana dapat membantu kita memahami selok belok dunia perniagaan .
- Cari mentor yang telah terbukti berjaya .
- Dan yang paling penting , cari mentor yang sanggup ajar dan pimpin kita :)
- Belajar dengan orang yang terbaik . In sha Allah , kalau hati bagus , apa yang di ajar pun bagus , pasti hasilnya akan bagus .

(7) Formula M.E.S.T.I
- (M) - Matlamat mesti jelas .
- (E) - ELMU -> Emosi + Ilmu .
- (S) - Senyum , Sistem dan Strategi mesti betul .
- (T) - Tindakan mesti yang luar biasa .
- (I) - Impian mesti betul . Intension yang betul .

(8) Penghalang utama untuk berjaya adalah KETAKUTAN .
- Jangan ada TAPI . Jangan beralasan .
- Jangan cipta HALANGAN . Justeru , cari jalan penyelesaian .
- Ketakutan akan beri imaginasi PALSU .
- Jangan RAGU-RAGU .

(9) Ketakutan utama manusia .
- Takut diri sendiri tak cukup bagus untuk mendapatkan yang lebih baik .
- Takut dijauhi orang lain .
- Takut dibenci orang .

(10) The Power Of DOA .
- Apa yang kita fikir , adalah DOA .
- Apa yang kita rasa , adalah DOA .
- Apa yang kita buat , adalah DOA .
- Apa yang kita cakap adalah DOA .
- Oleh itu , marilah kita bersama-sama berfikir , merasa , melakukan dan ucapkan sesuatu benda yang baik . Mudahan diri dapat menjadi yang terbaik :)

Ini antara point penting yang dapat Erny kongsikan . Semoga berguna dan bermanfaat untuk semua .

Feel free to LIKE and SHARE bila entri ini berguna untuk anda .

Salam Sayang untuk semua :)

Share:
Read More

Monday 9 June 2014

Kebas berkurangan dengan Ostematrix dalam set sendi .

Assalamualaikum semuanya :) Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh sang Maha Pencipta . Amin :D

Entri erny kali ni nak berkongsi cerita tentang masalah kebas tangan yang dialami oleh ibu erny sendiri .

Pada suatu hari . . . . . Hehe ( macam nak buat karangan ) :p

Macam ni , ada satu hari , masa tu erny duduk berborak dengan ibu . Borak punya borak , tetiba ibu mengadu . . .

" Kakak (panggilan erny dirumah yee . Hehe ) , ibu selalu lah kebas kebas tangan . Nak pegang benda ringan pun rasa sakit . Lepas tu , ibu selalu sakit belakang . Angkat berat sikit , rasa macam nak nangis ."

Alahai . Kasihan wahai ibu mamaku sayang .

Hati anak mana yang tak sedih bila si ibu mengadu macam tu . Hmmm

Lepas je Erny dengar keluhan ibu , erny terus cadangkan satu set sendi ni . Dalam set sendi ni ada 3 jenis suplemen . Kesemuanya memang membantu mengatasi masalah yang ibu hadapi .

Alhamdulillah . . . .

Selepas beberapa hari ibu menggunakan suplemen ni , ibu ada cakap . . .

" Kakak , sejak ibu makan suplemen tu , kebas dekat tangan makin kurang lah . Tak rasa sakit sangat . Sakit belakang pun makin pulih . Bila bangun tidur pun , rasa macam cergas je . "

Haaa . . . . Best ke best ? Hehe

Memang terbaiklahhhhh . . . . .

Semoga ibu sentiasa sihat sejahtera selamanya . Semoga ibu dijauhkan dari segala penyakit .

Amin amin amin :)

Rasa nak tahu lebih lanjut tentang produk ni ? Jangan malu jangan segan untuk bertanya . Contact erny (014-2277059)

Salam sayang dari saya ;)

Share:
Read More

Friday 6 June 2014

Kehebatan set sendi shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Erny doakan supaya anda semua sentiasa sihat dan bahagia disamping orang tercinta . Amin :)

Dalam entri kali ni , erny nak cerita tentang masalah sakit sendi yang dihadapi oleh seorang pakcik yang bernama Encik Ayub .

Ceritanya bermula pada satu hari , apabila erny sedang berada di kedai makan milik ibu . Pada petang itu , ada seseorang yang datang menghampiri erny lalu bertanya , " Betul ke adik jual ubat ?" . Waww . Dengan bangganya , saya pun menjawab YA . Hehe . Semangat gitu ...

Kemudian , pakcik Ayub terus berkata :-

" Nak , pakcik ada masalah sakit sendi . Selalu alami sakit belakang . Rasa sakit . Biasa pakcik minum jamu je . Tapi memandangkan tak ada masa nak pergi kedai , jamu pun terhenti . Sakit pun makin menjadi-jadi ."

Alahai . Kesian pakcik . Kata saya dalam hati .

Setelah itu , dengan berbekalan ilmu pengetahuan yang ada , erny terus bercerita tentang pengalaman ayah dan ibu erny sendiri dalam mengambil satu set suplemen untuk sakit sendi . Erny bercerita kepadanya tentang kehebatan Ubat ini .

Dan akhirnyaaaaaaaa , beliau rasa TERTARIK dengan kehebatan suplemen yang erny cerita tadi . Tanpa membuang masa , haaaaaa . Pakcik tu terus mengeluarkan duit tanpa bertanya dahulu berapa harganya . Wahhh . Macam bersemamgat je . Macam tak sangka je . Hehe 

Banyak yang erny ceritakan kepadanya tentang pantang larang bagi mengatasi masalah yang dihadapi selain mengambil suplemen sahaja . Seperti menggalakkan banyak minum air suam , kurangkan minum ais dan sebagainya .

Ya Allah . Betapa seronok bila dapat membantu orang yang berada dalam kesulitan . Bahagianya andai dapat melihat orang lain tersenyum bahagia . Dan berkali lipat ganda kebahagiaan yang dirasai apabila disebalik senyuman seseorang , kita yang merupakan penyebab seseorang tu tersenyum .

Alhamdulillah setelah beberapa hari mengambil suplemen yang disarankan , pakcik tersebut menyatakan bahawa suplemen tersebut sangat berkesan . Wah . Bahagianya bila dengar . Syukur ....

Saya doakan supaya pakcik ayub cepat pulih dari sakit yang dialaminya . Semoga hari hari mendatang menjadikan beliau lebih sihat dan bertenaga . Amin ....

Ingin mengetahui maklumat lanjut tentang peoduk set sendi ini ? Segera mesej atau whatsapp saya di 014-2277059 ( erny )

Sekian saja entri saya kali ini . Moga boleh dijadikan teladan untuk semua . Salam sayang dari saya :)






Share:
Read More