Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Wednesday, 19 August 2015

, ,

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita

Assalamualaikum .

Apa khabar semua ? Saya doakan kita semua dalam keadaan sihat sentiasa . Aamiin

Hari ni Erny nak share satu benda penting . Semoga bermanfaat untuk wanita diluar sana .

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)



2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)



4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)



11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

p/s : Semoga dapat membantu dan semoga bermanfaat . FEEL FREE TO LIKE and SHARE :)

Inginkan supplements terbaik untuk anak, suami, isteri dan keluarga tersayang?

Inginkan side income 3-4 angka sebulan dengan bisnes online Shaklee hanya dengan 'RM0 modal' ?

Hubungi Erny untuk :-

FREE CONSULTATION

and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE !

ERNY FILZAH

Shaklee ID : 1145078



014-2277059 (SMS/WhatsApp)
Share:
Read More

Friday, 26 September 2014

RM 5000 Yang Dibuang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Apa khabar ?

Semoga kita semua sentiasa bahagia dan sihat selalu.

Setelah sekian lama menyepi dalam dunia blogger, entri kali ini Erny nak kongsikan sebuah kisah yang boleh kita jadikan teladan.

Beberapa hari yang lepas, Erny sempat duduk bersembang dengan seorang wanita yang berusia 32 tahun.

Cerita punya cerita, banyak pengajaran yang erny dapat dari kehidupan beliau yang dahulu dengan sekarang.

Hidup mewah

Bermula pada tahun 1993 hingga 2013 , ada seorang ibu, Dina ( bukan nama sebenar ) kenal akan kemewahan.

Gaji RM 5+++ sebulan sebagai Pengurus sebuah kolej swasta yang terkenal di Lembah Klang, memang sangat sangat memenuhi segala keperluan sehariannya.

Semasa zaman kemewahannya
, segala galanya beliau ada. Kereta, pembantu, rumah yang selesa, boleh shopping bila bila masa, boleh bercuti kesana kesini dan sebagainya.

Memegang jawatan sebagai pengurus bukanlah suatu pekerjaan yang mudah. Kerja yang dilakukan sangat menghadkan dirinya sebagai seorang ibu untuk lebih dekat dengan anaknya.

Kalau berjumpa, mungkin hanya beberapa kali sahaja.

Tinggalkan anak di rumah nenek

Akibat kepadatan jadualnya sebagai seorang pengurus, kak Dina terpaksa membuat keputusan untuk meninggalkan dua orang anaknya ke rumah ibunya.

Disana, anak anaknya hidup bersama nenek.

Pada suatu ketika, kak Dina sering mendapat panggilan dari ibunya. Ibunya mengadu bahwa anaknya malas , susah disuruh dan sebagai.

Pot pet pot pet pot pet,

Kak Dina tidak sanggup mendengar " celotehan " ibunya berkaitan hal anaknya.

Setelah difikir masak masak, akhirnya kak Dina membuat keputusan untuk berhenti kerja. Meninggalkan kerja yang bergaji RM 5K sebulan demi menjaga sang buah hati.

Andai Itu Takdirnya !

Setelah membuat keputusan untuk berhenti kerja, ramai rakan sekerja mengkritik.

" Biar betul kau nak berhenti kerja . Tak sayang ke gaji RM 5K sebulan ? "

Gaji RM 5000 sebulan. Siapa yang sanggup lepaskan ?

Namun kerana demi menjaga sang buah hati sepenuh masa, beliau sanggup membuat satu tindakan yang mungkin dianggap " bodoh " oleh orang lain.

Hidup yang kini jauh berbeza 

Setelah berhenti kerja, Kak Dina mengambil keputusan untuk berniaga Chicken stick di pinggir jalan berdekatan sekolah.




Demi anak, apa pun sanggup beliau lakukan demi membahagiakan orang yang disayanginya.

Erny sangat berbangga dengan Kak Dina kerana membuat tindakan demikian demi menjaga sang buah hati.

Sanggup tinggalkan kesenangan demi mendekatkan diri bersama insan tersayang.

Semoga kak Dina lebih tabah dan kuat dalam mengharungi kehidupan sehari harinya selepas ini. Mari sama sama doakan yang terbaik untuk Kak Dina.

Semoga entri kali ini memberi sedikit sebanyak pengajaran bahawa anak merupakan hadiah yang terindah dari yang Maha Kuasa.

Tidak ternilai harganya jika dibanding dengan duit RM 5K.

Jika anda rasa entri ini bermanfaat, sila LIKE atau SHARE.


Inginkan supplements terbaik untuk anak, suami, isteri dan keluarga tersayang?

Inginkan side income 3-4 angka sebulan dengan bisnes online Shaklee hanya dengan 'RM0 modal' ?


Hubungi Erny untuk :-


FREE CONSULTATION

and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE !


ERNY FILZAH

Shaklee ID : 1145078

014-2277059 (SMS/WhatsApp)










Share:
Read More

Wednesday, 13 August 2014

Koleksi Soalan Percubaan UPSR Peringkat Negeri Satu Malaysia

Assalamualaikum dan Salam ceria kepada seluruh insan yang erny hormati . Apa khabar semua ? Semoga anda sentiasa sihat dan bahagia di samping keluarga tercinta . Semoga anda kaya dan berjaya , diberikan kebaikan hidup di dunia dan di akhirat . Amin :)



Saya yakin dan percaya ramai di antara kita yang mempunyai anak , anak saudara , adik , anak jiran yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2014 ini .

Di sini , saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang koleksi soalan UPSR Peringkat Negeri satu Malaysia .

Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua .

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN UPSR PERINGKAT NEGERI SATU MALAYSIA 

Cadangan saya , kita perlu menggalakkan anak anak untuk membuat latihan soalan percubaan peperiksaan UPSR peringkat negeri ini berulang ulang kali bagi melatih mereka supaya lebih mudah menjawab . Di samping itu , secara tidak langsung , ianya membantu anak kita untuk mendapatkan lebih banyak ilmu pengetahuan .

Biasanya , soalan ini lebih susah jika dibandingkan dengan soalan peperiksaan UPSR yang sebenar .

Jika mereka boleh menjawab semua soalan ini , In Sha Allah , saya yakin mereka akan mudah untuk berjaya dalam UPSR nanti .





Saya doakan segala urusan mereka dipermudahkan Allah Dunia dan akhirat . Amin .

Wassalam


Feel free to LIKE and SHARE jika entri ini berguna untuk anda . Salam ceria penuh sayang dari saya :)
Share:
Read More

Tuesday, 12 August 2014

,

RM 2500 sebulan . Cukup ke ?

Di satu hari , duduk termenung ku seorang diri , merenung nasib diri , yang tiada bertepi . Adakah aku masih berdiri pada esok hari , menghadapi dunia yang serba mahal kini . Tapi ku yakin , bukan hanya aku yang bernasib sebegini .

----------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan salam ceria kepada semua yang Erny cintai . Semoga kita hidup dalam keadaan aman dan bahagia senantiasa . Amin :')

Kembali pada dunia realiti , adakah aku masih perlu seperti ini ? Melakukan rutin harian yang sama yang hanya bergaji RM 2500 sebulan sekali ..


Dengan bergaji hanya RM 2500 sebulan . Cukup ke nak makan ?

Cukup ke nak bagi mak ayah ?

Cukup ke nak beri pada orang yang memerlukan ?

Hmm . Tepuk dada tanya selera .


Zaman kini yang semakin bertambah harga barangan dan kos sara hidup , mampukah kita untuk menghadapi dunia pada esok hari ? Mungkin segelintir kita mampu , mungkin ada yang cukup cukup makan dan mungkin ada yang kekurangan sehingga terpaksa berhutang .

 RM 2500 sebulan .

RM 600 bayar loan rumah atau bayar sewa rumah .

RM 200 bayar hutang PTPTN , JPA , MARA / BANK .

RM  600 beli makanan .

RM 500 bayar loan kereta .

RM 300 bayar duit minyak kereta , tol , parking berbayar dan sebagainya .

RM 300 bayar bil air / elektrik atau kredit top up berbayar smartphone .

Kira punya kira semuanya berjumlah RM 2500 .

Mana baki untuk simpanan diri sendiri ?

Mana duit nak bagi dekat parents ?

Ini baru hidup membujang . Belum kahwin lagi . Kalau dah kahwin , makin bertambah kos perbelanjaan seharian . Kita sebagai wanita , nak harapkan duit si suami 100% ke ? Haih mana boleh harap sangat . Boleh botak suami fikir macam mana nak cari duit . Hehe :P

Jadi , apa nak buat sekarang ?

Carilah jalan keluar . Jangan seperti katak duduk di bawah tempurung !!!! Tak kan lah nak harapkan BR1M yang hanya beratus ringgit umtuk hidup setahun ? No no no no no .

Maka , mulai saat ini jugalah kita perlu BERUBAH because it's NOW or NEVER . Tak perlu tunggu esok , lusa atau bulan depan . Bertindak SEKARANG !!!

Ingatlah , kita berubah bukan untuk orang lain tetapi untuk diri , keluarga dan masa depan kita juga .Tak nak ke ubah hidup dari BIASA ke LUAR BIASA ? Saya yakin semua orng menginginkan hal yang sama . So tunggu apa lagi ? Jom berubah ..

Saya percaya dan sangat yakin kejayaan akan lebih mudah untuk kita capai bila kita ada mentor dan group yang betul . Dan alhamdulillah saya telah bertemu dengan bisness yang mudah (online je ) . Tapi yang paling best , saya telah bertemu dengan mentor yang terbukti berjaya bersama group yang sangat sangat hebat . Memang tak rugi sangat .

Jom download selagi masih percuma .  Jom download di sini

Semoga kita sentiasa berada dalam limpah rahmatnnya . Semoga kita sihat dan bahagia senantiasa . Amin :)
















Share:
Read More

Tuesday, 17 June 2014

Bersihkan Kolam Jiwa

Assalamualaikum ,

" Ya Allah , temukanlah aku dengan dengan orang yang boleh merubah hidupku ke arah yamg jauh lebih baik berbanding sekarang . Temukanlah aku dengan seseorang yang boleh meningkatkan taraf keimananku agar aku boleh menjadi manusia yang lebih bertaqwa ."

Ini adalah antara doa yang selalu mohon kepada Yang Maha Mendengar . Dan saya selalu menasihatkan agar sahabat saya turur berdoa seperti yang sedemikian rupa .

Alhamdulillah . Syukur kepadaNya . Allah mendengar doa saya . Minggu lepas , Allah telah mempertemukan saya dengan salah satu seorang jutawan  yang berkongsi rahsia kejayaannya kepada seluruh manusia yang hadir . Dan apa yang dikongsikan , benar-benar memberi inspirasi dan motivasi kepada saya . Syukur :)

Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan daripada Dr Azizan Osman .

Banyak perkongsian yang dikongsi oleh beliau kepada 8000 orang yang hadir . Wahh . Ramai sungguh kan ? Tapi percaya , tak rugi . Rasa bertuah sebab dapat menghadiri proses sebegini .

Erny akan berkongsi tentang apa yang erny peroleh selama 4 hari mengikuti Program IMKK ini . DAO berkata :-

(1) Apabila ingin melakukan sesuatu , lakukan secara konsisten .
- Lakukan dengan fokus .
- Jangan mudah berputus asa dengan setiap apa yang kita lakukan .
- Percayalah , Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan . Bila kerja keras dan bersungguh-sungguh , pasti akan membuahkan hasil . Dan hasilnya akan muncul sama ada cepat atau lambat . Bersabar .

(2) Fast Action , Fast Result  .
- Kita perlu berani dalam mencuba sesuatu . Jangan takut . Kerana TAKUT merupakan musuh utama dalam setiap kejayaan  .

(3) Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan sesuatu sampai HABIS .
- Nak berjaya ? Buat sesuatu sampai Habis . Walau apa jua rintangan dan halangan , jangan menyerah .
- Semangat !
- Kejar apa yang ingin kita capai .

(4) Orang yang gagal melakukan sesuatu SEPARUH JALAN .
- Ingatlah . Orang yang gagal adalah orang yang mudah menyerah kalah .
- Kuatkan semangat . Kentalkan jiwa dalam menempuh pahit manisnya roda kehidupan .

(5) Ego .
- Ramai orang yang hancur kerana EGO .
- Maka dari itu , kawal ego anda . Jangan sampai ego menghancurkan diri .

(6) Mentor .
- Jika ingin melakukan sesuatu , sama ada memulakan perniagaan , pastikan anda mempunyai mentor .
- Mentor sangat penting kerana dapat membantu kita memahami selok belok dunia perniagaan .
- Cari mentor yang telah terbukti berjaya .
- Dan yang paling penting , cari mentor yang sanggup ajar dan pimpin kita :)
- Belajar dengan orang yang terbaik . In sha Allah , kalau hati bagus , apa yang di ajar pun bagus , pasti hasilnya akan bagus .

(7) Formula M.E.S.T.I
- (M) - Matlamat mesti jelas .
- (E) - ELMU -> Emosi + Ilmu .
- (S) - Senyum , Sistem dan Strategi mesti betul .
- (T) - Tindakan mesti yang luar biasa .
- (I) - Impian mesti betul . Intension yang betul .

(8) Penghalang utama untuk berjaya adalah KETAKUTAN .
- Jangan ada TAPI . Jangan beralasan .
- Jangan cipta HALANGAN . Justeru , cari jalan penyelesaian .
- Ketakutan akan beri imaginasi PALSU .
- Jangan RAGU-RAGU .

(9) Ketakutan utama manusia .
- Takut diri sendiri tak cukup bagus untuk mendapatkan yang lebih baik .
- Takut dijauhi orang lain .
- Takut dibenci orang .

(10) The Power Of DOA .
- Apa yang kita fikir , adalah DOA .
- Apa yang kita rasa , adalah DOA .
- Apa yang kita buat , adalah DOA .
- Apa yang kita cakap adalah DOA .
- Oleh itu , marilah kita bersama-sama berfikir , merasa , melakukan dan ucapkan sesuatu benda yang baik . Mudahan diri dapat menjadi yang terbaik :)

Ini antara point penting yang dapat Erny kongsikan . Semoga berguna dan bermanfaat untuk semua .

Feel free to LIKE and SHARE bila entri ini berguna untuk anda .

Salam Sayang untuk semua :)

Share:
Read More