Tuesday 22 July 2014

Healing Crisis : Suatu Proses Detoksifikasi yang tidak perlu dirisaukan

Assalamualaikum dan salam bahagia kepada seluruh insan yang disayangi . Semoga anda semua dalam keadaan sihat dan sejahtera . Amin ..

Entri kali ini , erny nak berkongsi sedikit info tentang Krisis Pemulihan . 

Tahukah anda apa itu KRISIS PEMULIHAN ???


Krisis pemulihan ( Healing Crisis ) terjadi apabila sesetengah orang akan melalui suatu jangka masa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen dietary . Simptom ini kelihatan seperti penyakit tetapi sebenarnya tidak . 

Mengapa KRISIS PEMULIHAN BERLAKU ?


Ianya berlaku kerana tindak balas oleh tubuh kita akibat kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita . Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen , maka krisis pemulihan akan terjadi .

Sewaktu jangka masa penyesuain , ada kemungkinan penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali . Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari . Walaubagaimanapun , tubuh yang lemah akan mengambil masa lebih lama untuk pulih . Ianya bergantung pada setiap induvidu .

Dalam tempoh ini , sel yang lama dan yang telah rosak akan digantikan dengan sel yang baru dan yang lebih baik . Ini berlaku kerana sel sel yang baru ini tadi telah mendapat bekalan nutrisi yang secukupnya .

Krisis pemulihan ini juga adalah tempoh dimana toksin yang telah tertimbun didalam tubuh kita dalam jangka masa yang lama . Toksin terdiri daripada sisa makanan , makanan berkimia , lemak dan stress ditambah dengan diet yang tidak seimbang , kurang tidur , antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan sebelum ini . Suplemen dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita dan kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita .

Apa yang berlaku masa detoksifikasi ?

Antara simptom yang akan berlaku semasa krisis pemulihan .

Pada masa detoksifikasi ini , ada kemungkinan berasa pening , kelesuan , sakit kepala , ketidakhadaman ( perut kembung , lapar ) , cirit-birit , kahak berlebihan , kencing yang keruh , berasa hangat , berpeluh dan lain lain . Simptom ini berbeza antara individu dan akan berlaku 1-2 minggu .

Berikut antara tanda-tanda krisis 
pemulihan dan kemungkinan punca atau penyebab mengapa berlaku :-


Oleh itu , jangan berasa risau jika anda mengalami simptom yang dinyatakan diatas selepas mengambil vitamin Shaklee kerana ia sebenarnya adalah satu petanda yang baik ke arah mempersiapkan tubuh badan kita menjadi lebih sihat .

Lebihkan minum air masak/putih .


Diwaktu jangka masa krisis pemulihan ini , minumlah banyak air bersih , rehat secukupnya dan makanlah lebih sayur sayuran dan buah-buahan . Jika kita memahami ini adalah simptom pemulihan , kita akan mudah melalui fasa ini .

Mana lebih baik untuk anda ?

Minum air kosong banyak , ulang alik ke tandas

Atau

Minum air manis banyak , ulang alik ke hospital .

Renung-renungkan ...

Semoga badan kita menjadi semakin sihat dan cergas . Amin :)

Jika anda rasa entry ini bermanfaat dan berguna , FEEL FREE to LIKE and SHARE ke dinding facebook anda .  Terima kasih :)




Share:

0 comments:

Post a Comment