Friday 26 September 2014

RM 5000 Yang Dibuang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Apa khabar ?

Semoga kita semua sentiasa bahagia dan sihat selalu.

Setelah sekian lama menyepi dalam dunia blogger, entri kali ini Erny nak kongsikan sebuah kisah yang boleh kita jadikan teladan.

Beberapa hari yang lepas, Erny sempat duduk bersembang dengan seorang wanita yang berusia 32 tahun.

Cerita punya cerita, banyak pengajaran yang erny dapat dari kehidupan beliau yang dahulu dengan sekarang.

Hidup mewah

Bermula pada tahun 1993 hingga 2013 , ada seorang ibu, Dina ( bukan nama sebenar ) kenal akan kemewahan.

Gaji RM 5+++ sebulan sebagai Pengurus sebuah kolej swasta yang terkenal di Lembah Klang, memang sangat sangat memenuhi segala keperluan sehariannya.

Semasa zaman kemewahannya
, segala galanya beliau ada. Kereta, pembantu, rumah yang selesa, boleh shopping bila bila masa, boleh bercuti kesana kesini dan sebagainya.

Memegang jawatan sebagai pengurus bukanlah suatu pekerjaan yang mudah. Kerja yang dilakukan sangat menghadkan dirinya sebagai seorang ibu untuk lebih dekat dengan anaknya.

Kalau berjumpa, mungkin hanya beberapa kali sahaja.

Tinggalkan anak di rumah nenek

Akibat kepadatan jadualnya sebagai seorang pengurus, kak Dina terpaksa membuat keputusan untuk meninggalkan dua orang anaknya ke rumah ibunya.

Disana, anak anaknya hidup bersama nenek.

Pada suatu ketika, kak Dina sering mendapat panggilan dari ibunya. Ibunya mengadu bahwa anaknya malas , susah disuruh dan sebagai.

Pot pet pot pet pot pet,

Kak Dina tidak sanggup mendengar " celotehan " ibunya berkaitan hal anaknya.

Setelah difikir masak masak, akhirnya kak Dina membuat keputusan untuk berhenti kerja. Meninggalkan kerja yang bergaji RM 5K sebulan demi menjaga sang buah hati.

Andai Itu Takdirnya !

Setelah membuat keputusan untuk berhenti kerja, ramai rakan sekerja mengkritik.

" Biar betul kau nak berhenti kerja . Tak sayang ke gaji RM 5K sebulan ? "

Gaji RM 5000 sebulan. Siapa yang sanggup lepaskan ?

Namun kerana demi menjaga sang buah hati sepenuh masa, beliau sanggup membuat satu tindakan yang mungkin dianggap " bodoh " oleh orang lain.

Hidup yang kini jauh berbeza 

Setelah berhenti kerja, Kak Dina mengambil keputusan untuk berniaga Chicken stick di pinggir jalan berdekatan sekolah.




Demi anak, apa pun sanggup beliau lakukan demi membahagiakan orang yang disayanginya.

Erny sangat berbangga dengan Kak Dina kerana membuat tindakan demikian demi menjaga sang buah hati.

Sanggup tinggalkan kesenangan demi mendekatkan diri bersama insan tersayang.

Semoga kak Dina lebih tabah dan kuat dalam mengharungi kehidupan sehari harinya selepas ini. Mari sama sama doakan yang terbaik untuk Kak Dina.

Semoga entri kali ini memberi sedikit sebanyak pengajaran bahawa anak merupakan hadiah yang terindah dari yang Maha Kuasa.

Tidak ternilai harganya jika dibanding dengan duit RM 5K.

Jika anda rasa entri ini bermanfaat, sila LIKE atau SHARE.


Inginkan supplements terbaik untuk anak, suami, isteri dan keluarga tersayang?

Inginkan side income 3-4 angka sebulan dengan bisnes online Shaklee hanya dengan 'RM0 modal' ?


Hubungi Erny untuk :-


FREE CONSULTATION

and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE !


ERNY FILZAH

Shaklee ID : 1145078

014-2277059 (SMS/WhatsApp)










Share:

0 comments:

Post a Comment