Sunday 9 October 2016

, ,

Krisis Pemulihan Apabila Makan Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua .
Apa khabar ? 

Erny doakan supaya kita semua dalam keadaan sihat sejahtera selamanya . Aamiin .

Entri kali ini , Erny nak kongsikan satu fakta menarik tentang KRISIS PEMULIHAN / HEALING CRISIS . 

Ada sesetengah pelanggan Erny, mahupun orang lain yang mengambil Vitamin Shaklee, akan mengalami beberapa masalah selepas mengambilnya seperti pening kepala, jerawat, kelesuan, cirit-birit dan sebagainya. Tapi, sepanjang saya mengamalkan Shaklee, saya tidak pernah mengalami sebarang sakit-sakit ini, alhamdulillah.

Mengapakah kejadian ini berlaku? 


Bukan kah pengambilan Vitamin adalah untuk menampung keperluan nutrisi harian dan zat-zat yang tidak cukup ? Maka dari itulah badan kita menjadi lebih sihat kerana segala kekurangan telah ditambahkan melalui vitamin.

Keadaan ini adalah dikenali sebagai healing crisis/krisis pemulihan. Ia terjadi akibat daripada tindakbalas tubuh kita yang selama  ini kekurangan khasiat yang disebabkan oleh tabiat pemakanan kita. Apabila kita mula mengambil vitamin/supplemen, dan nutrisi mula dibekalkan, badan kita akan menjadi terkejut, seterusnya berlakulah krisis pemulihan ini.








Namun begitu, keadaan ini tidak akan berlanjutan, melainkan tubuh badan seseorang itu terlalu lemah ataupun beliau sangat jarang mengambil makanan yang berkhasiat sebelum ini. Dalam tempoh ini juga, sel-sel yang lama, yang telah rosak, akan digantikan dengan sel-sel yang baru, yang lebih baik kerana sel-sel yang baru ini tadi telah mendapat bekalan nutrisi yang secukupnya.

Apabila badan kita telah mendapatkan sel-sel baru yang lebih baik, maka badan akan menjadi lebih cergas dan cerdas kerana kesemua jaringan dalam badan berada dalam keadaan yang baik. Sel-sel badan mengambil masa selama 90hari untuk bertukar kepada yang baru.







Krisis pemulihan ini juga adalah tempoh dimana toksin-toksin yang selama ini berada dalam badan kita, yang terdiri daripada sisa makanan, makanan berkimia, lemak, kurang tidur, antibiotik serta pengambilan ubat-ubatan sebelum ini,dinyahkan dari tubuh kita. Suplemen/vitamin ini akan membantu kita mendetoksifikasikan kesemua toksin-toksin ini tadi, seterusnya membantu menguatkan sistem imunisasi kita.


Oleh itu, janganlah anda merasa risau atau marah jika anda mengalami simptom-simptom yang dinyatakan di atas selepas anda mengambil vitamin Shaklee. Kerana ia sebenarnya adalah satu petanda yang baik, ke arah mempersiapkan tubuh badan kita yang lebih sihat. Apa yang perlu anda lakukan sepanjang tempoh ini adalah minum air masak sebanyak mungkin, mendapatkan rehat yang secukupnya dan tambahkan pengambilan sayuran & buahan


Saya doakan supaya kita semua dalam keadaan sihat dan bahagia di samping keluarga tersayang . Aamiin .




Inginkan supplements terbaik untuk anak, suami, isteri dan keluarga tersayang?

Inginkan side income 3-4 angka sebulan dengan bisnes online Shaklee hanya dengan 'RM0 modal' ?

Hubungi Erny untuk :-

FREE CONSULTATION

and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE !

E R N Y F I L Z A H

WHATSAPP ME NOW 014-2277059 !!

YOUR TRUSTED SELLER






Share:

0 comments:

Post a Comment