Saturday 23 August 2014

Angkara 'S' aku , dia dan mereka kini lebih sihat

Assalamualaikum dan salam bahagia. Apa khabar semua ?

Saya doakan kita semua sihat dan bahagia di samping keluarga tercinta.

Saya doakan semoga kita semakin kaya dan berjaya. Amin :)

Entri kali ini Erny nak cerita tentang keluarga bahagia erny. Sat noo. Nak tayang gambar sikit. Hehe

Haa ni dia keluarga bahagia erny . Dari kanan tu Erny , ayah , adik heroin , mak dan adik hero :D

Jom erny kongsi serba sedikit kisah keluarga erny .

Jeng jeng jeng .... Baca sampai habis yee :)

Keluarga Erny sebenarnya memang hidup dengan perniagaan . Tak kisahlah berniaga apa pun jenisnya . Memang akan hidup dengan berniaga . Jatuh dan bangun dalam perniagaan , memang akan selalu kami tempuhi.

Ayah dan mak erny mempunyai sebuah kantin di sekitar Kuala Lumpur. Kantin apa ? Kantin sekolah ? Bukan...  Haa ni bukan kantin sebarang kantin ye . Kantin yang dijalankan oleh mak ayah erny ialah kantin dalam sebuah projek pembangunan . Dimana mak ayah erny membekalkan makanan serta minuman untuk pekerja yang datang dari pelbagai jenis kaum dan bangsa.

Bermulanya kisah seorang Erny

Untuk pengetahuan semua , sekarang erny berumur 20 tahun dan taraf pendidikan Erny hanya SPM sahaja .

" Kenapa hanya SPM ? Tak nak sambung belajar ke ? "

Soalan ini lah yang sering diajukan bila ada yang bertanya umur dan apa yang erny buat sekarang .

Nak tahu apa yang erny buat sekarang ?

Sejak berakhirnya sesi tamat persekolahan selepas SIJIL PENILAIAN MALAYSIA ( SPM ) , erny mengambil keputusan untuk membantu mak dan ayah dalam bisnes yang dijalankan oleh mereka. Biasalah.. Anak pertama memang berperanan mempunyai tanggungjawab yang besar .

Bermula dari tamat sekolah menengah sehingga sekarang , erny memang mengambil masa penuh untuk membantu mak ayah .

Menjahit pakaian merupakan salah satu minat terbesar Erny :D


Walaupun sibuk membantu mak ayah , erny sempatkan diri untuk menghadiri kelas menjahit sejak tahun lepas ( 2013 ) . Tapi hanya mengikuti kursus selama 5 bulan sahaja . Walau hanya 5 bulan , banyak ilmu yang Erny peroleh . Banyak juga baju yang berjaya Erny hasilkan . Kalau orang nak suruh jahitkan , boleh je . Tapi janganlah terlampau " banyak songeh " model pakaiannya . Hehe .

Impian Erny ingin membangun sebuah butik . Ingin mencipta pelbagai jenis pakaian muslimah dengan hasil tangan sendiri . Erny akan membina empayar sendiri di Malaysia . Mohon doanya :')

Okay sekarang ni cerita pasal kantin .

Bermula seawal 7 pagi sehingga ke 12 malam . Kerja yang sama akan diulang berkali kali . Berkerja dengan orang tua sendiri mungkin sesetengah orang akan berkata ...

" Ala , kerja dengan mak bapak sendiri . Senanglah . Duduk goyang kaki . Duit pun tinggal mintak je "

Bagi erny , tanggapan itu salah . Justeru erny akan berkerja sekeras mungkin bagi membantu meringankan beban yang dipikul mak dan ayah .

Dekat bawah ni antara rutin seharian erny . Mohon baca sebaik mungkin .

Jam 6.30 - Bangun mandi .
Jam 7.00 - Layan pekerja yang ingin breakfast .
Jam 8.30 - Pergi ke pasar untuk berbelanja .
Jam 10 .00 - Layan pekerja masa mereka berehat selama 30 minit .
Jam 10.30 - Bancuh air dan siapkan makanan untuk disediakan pada perkerja .
Jam 12.00 - Layan perkerja masa rehat tengah hari .
Jam 1.00 - Kemas kantin ( Basuh pinggan , gelas , kuali dan yang sekutu dengannya )
Jam 2.00 - Bancuh air untuk masa rehat . Bungkus ais dalam dua bakul .
Jam 3.00 - layan perkerja .
Jam 4.15 - Mandi dan bersiap ambil adik balik sekolah .
Jam 5.00 - Menuju ke Gombak dari Ampang . ( Kena jammed time balik orang kerja lagi )
Jam 5.30 / 6.00 - Akan sampai di gombak bergantung dengan keadaan lalu lintas .
Jam 6.30 - Ambil adik perempuan yang bersekolah rendah .
Jam 6.45 - Ambil adik lelaki yang bersekolah menengah .
Jam 7.30 - Sampai ke Ampang .
Jam 8.00 - Tengok berita .
Jam 9.00 -> 12.00 malam - Berehat atau buat SESUATU .

*jadual tak termasuk makan dan solat ye . Yang makan bergantung mood . Yang solat bergantung ABC atau tak . Hehe

Mungkin ada orang yang berkata .

" Ala , bukannya susah sangat kerja dia ."

Ye mungkin betul tanggapan mereka kerana belum keseluruhan kerja yang erny buat , erny tulis di rutin harian di atas . Tapi tak apalah . Cukup itu sahaja yang erny kongsikan .

Fuhh , kalau nak cerita , memang tak kan cukup satu entri . Tapi erny akan cuba terangkan sebaik mungkin .

Cuba lihat !!

Adakah sama seorang erny yang berusia 20 tahun dengan seorang remaja lain yang berumur 20 tahun diluar sana ??

Mungkin serupa tapi tidak sama .

Manakan serupa andai dibandingkan seorang erny dengan remaja diluar sana. Yang sibuk bersuka ria bersama teman yang lain . Yang sibuk bertungkus lumus sedang praktikal . Yang sibuk mengasah otak untuk menjawab final exam . Berfesyen sana sini .

Mungkin remaja yang diluar sana sibuk ber"enjoy" sedangkan seorang erny sedang bertungkus lumus . Membanting tulang kecilnya demi meringankan beban orang tuanya .

Ya Allah ...

Bukan erny tak bersyukur . Tapi erny sangat sangat bersyukur kerana erny dipilih dalam senarai untuk membalas jasa orang tua dalam usia yang dikira masih muda dan mentah !!!!

Puji syukur ke hadrat Illahi !!

Syukur alhamdulillah . Walaupun erny masih belum mampu memberikan kekayaan kepada mereka , namun erny akan cuba sebaik mungkin memberikan mereka kebahagian dan menjaga kesihatan seluruh keluarga erny .

Hidupku kini menjadi lebih indah dan sempurna .

Bermula pada akhir bulan Mei yang lalu dimana Abang Udin ( Abang bob ) mengajak erny untuk turut serta dalam bisness yang diikuti sekarang .

Tak lain tak bukan , bisness tersebut adalah bersama SHAKLEE .

Dengan perubahan hidup yang dialami abang udin bersama isterinya kak nadia yang semakin membaik , apa salahnya untuk seorang erny turut serta dalam bisness tersebut . Siapalah tahu nanti akan berubah menjadi lebih baik . Betul tak ?

Belum cuba belum tahu :D

Tuah hidup tiada siapa yang tahu .

Mungkin dengan menyertai bisness ini , erny akan mampu menambahbaik kesihatan keluarga dan seluruh insan yang erny sayangi . Amin .

Semenjak terjebak dengan shaklee , sedar tak sedar erny dah bantu menyelesaikan masalah kesihatan keluarga erny .

Erny cerita satu per satu ..

Ayah punya cerita .


Haa ini BAPAK DEN . Kehkehkeh . My superhero :D

Ayah ni perokok . Dari dulu erny suruh berhenti merokok . TAPI ? Umphhhhh hampeh .

Macam macam cara erny buat .

1) - Bayar denda RM 10 kalau nampak merokok depan mata .
2) - Tak nak belikan dia rokok kalau ayah suruh ( buat buat tak tahu je ) Hehe
3) - Sorokkan rokok !!!

Tapi tak ada effect pun . Sampailah akhirnya erny jumpa penawarnya . Iaitu......


Penawar berhenti rokok untuk BAPAK DEN :D

Inilah dia penawarnya . VIVIX SHAKLEE . Erny akan suruh ayah minum Vivix ni 2 kali sehari bagi membantu mengurangkan "selera" rokok untuk ayah .

Alhmdulillah . Tegukan vivix yang pertama membuatkan ayah berasa lain semacam ketika merokok selepas menelan vivix .

Petanda awal bagi proses memberhentikan rokok . Semoga ayah berhenti rokok untuk selamanya . Amin :) Mohon doanya .

Mak punya cerita 


Haa yang tengah tu ialah MAK ERNY :)



Mak Erny ada masalah kebas di tangan dan selalu sakit pinggang serta belakang badan . Mak selalu mengadu kalau mak selalu sakit sana sakit sini sakit itu sakit ini .

Haih , anak mana yang sanggup dengar rintihan seorang ibu yang sering mengadu sakit yang dihadapinya . Rasa sedih yang amat sangat . Namun ku ukir senyum di wajah walau dihati sebenarnya sedang merintih menangis .

Alhamdulillah , semenjak kenal SHAKLEE , erny TERJUMPA suplemen yang dapat membantu mengatasi masalah yang mak hadapi . Iaitu Set Sendi Shaklee ....





Set sendi yang mak ambil terdiri dari Omega guard , Ostemarix dan AJHT . Omega guard dan AJHT mak akan ambil selepas makan untuk satu biji , dua kali sehari . Manakala ostemarix akan mak ambil sebelum tidur dengan pengambilan 2-4 biji setiap hari .

Alhamdulillah , selepas beberapa hari , ada perubahan yang tercipta pada mak . Mak dah jarang mengadu sakit pinggang mahupun kebas ditangan . Ternyata tak sia sia usahaku . Kini membuahkan hasil yang menakjubkan . WAHHH :')

Mak Datin punya cerita . Hee




Cer teka ni siapa ? Ala . Erny lahh . Mak Datin kunun . Ehh siapa tahu dapat jadi Datin betul ? Kan ucapan tu suatu doa . Hehe . Amin:D

Erny ada masalah rabun jauh . Rasa tension bila kepala asyik berdenyut . Selalu kena demam . Nampak tak bermaya . Muka letih je . Selalu kena demam pula tu . Pantang kena air hujan , terus demam . Kesudahannya , dapat mc SATU MINGGU sebab lambat pulih . Aiyoyo

Tapi tapi tapi ,


Mujurlah ada ESP , b complex , vitamin C , Carotomax , Omega guard dan Vivix !!! Memang semua ni bantu Erny atasi masalah yang erny hadapi . Dah tak rasa letih mata ni . Badan pun makin sihat bertenaga . Terlebih active pun ada . Hehe


Adik pertama punya cerita 


Ini gambar adik pertama . Just call HANIF :)

Adik Erny yang pertama ni umur 14 tahun . Tapi dia lagi besar dan tinggi dari Erny . Kalau keluar berdua , mesti orang akan kata Erny ni GIRLFRIEND dia . Alaammmaaakkk !!

Badan kecil comel punya pasal . Sampai kena macam tu . Hehe . Perasan jap ( gurau pun tak boleh :P )

Hanif ni sebenarnya tak ada lah masalah kesihatan sangat . Tapi mengada nak join makan suplemen Shaklee memandang kami yang lain ada ambil Shaklee .

Jadi Erny pun suruh dia minum ESP ( sebab dia tak nak gemuk ) Biasalah lelaki kan ... Nak jaga badan lah kunun . Hehe .

Tapi baru baru ni Hanif ada ambil vitamin C , Vitamin E , B complex dan Herb lax bagi membantu mengurangkan jerawat dan muka berminyak . Selain itu Hanif selalu kena demam dan sakit kepala .

Syukur Alhamdulillah . Vitamin yang Hanif ambil membantu dia mengatasi masalahnya .

Sekarang dia jarang kena demam . Dah lama tak dengar dia mengadu sakit kepala . Alhamdulillah Ya Allah :)


Adik kedua punya cerita 


Ini adik kedua Erny . Call her Diah :)


Adik Erny kedua ni pula memang ada masalah . Diah ni memang susah sangat nak makan . Kalau makan pun , mesti sikit je . Badan pun dah serupa macam tiang lampu . Tinggi tapi tak berisi . Kalau ada angin ribut , ikut melayang kut dia . Hehe . Allaaaaa . Gurau pun tak boleh . Hihi .

Erny jenis yang ambil berat pasal keluarga . Macam kes adik , erny cari jalan penyelesaiannya dengan mengambil susu mealshake . Mealshake Shaklee membantu menambah selera makan . Memang sangat sesuai dengan adik erny .

Pada mulanya dia berdegil . Ngengada tak nak minum . Tapi lama kelamaan dia nak minum dan ketagih untuk minum mealshake . Hehe .

Alahamdulillah setelah beberapa hari dia minum Mealshake , seleranya semakin bertambah !! Pantang nampak makanan je , terus ngap . Perghhh :'3 Tapi tak apalah . Semua makanan berkhasiat dan bersih :)

Hatiku berjaya ditawan 

Allah merupakan sebaik baik pengatur semua rancangan . Ku ucap syukur yang tak terkira kira TERJEBAK untuk menyertai EMPAYAR MARIA FIRDAUS , THE MOST HAPPENING SHAKLEE TEAM IN MALAYSIA .


Mereka adalah Master Firdaus dan Master Maria .


Yang dua orang tepi tu , merupakan abang sepupu ( abang bob ) dan isterinya ( kak nadia ) . Mereka juga adalah mak bapak Shaklee saya . Hehe


Gambar ni pula adalah gambar ahli keluarga besar saya dalam Shaklee :D


Hampir 3-4 bulan menyertai Shaklee , makin banyak perubahan ketara pada diri ini .

Mana tidaknya , bila bersama mereka yang hebat , aura positif menjadi semakin tebal dalam diri .

Sehingga yang dulunya hanya hidup biasa begitu sahaja , kini seorang erny hidup dengan keadaan yang sangat luar biasa .

Subhanallah

Semenjak menyertai shaklee , banyak sangat ilmu yang saya peroleh . Bermula dari Semiar OMG yang dianjurkan oleh Mater Firdaus dan Master Maria sehingga lah seminar IMKK yang dianjurkan oleh Dato Azizan Osman .

Sejak dari situ , Erny menjadi semakin kenal diri sendiri . Menjadi lebih kenal arti tujuan hidup di dunia . Semakin percaya diri dan bersikap lebih positif.

Dahulu , seorang erny hanya mengenal solat fardhu dalam rutin seharian . Namun kini , semakin banyak juga solat sunat yang erny kenal . Allahu .

Dahulu seorang Erny selalu melambat lambatkan waktu solatnya kerana lebih mementingkan pekerjaan . Namun kini , perangai itu telah ku buang sejauh mungkin :')

Dahulu , seorang Erny agak keberatan jika ingin sumbangkan duit kepada orang yang susah . Yelah . Mungkin dulu sebab fikir susah nak cari duit . " Kenapa senang senang nak bagi orang ?"

Tapi sekarang erny semakin ringan tangan untuk memberi tanpa mengambil kira berapa banyak duit yang erny berikan . Kerana mentor selalu mengingatkan.

" Makin banyak kita memberi , makin banyak kita terima ."

Erny setuju dengan ayat yang diucapkan .

Segalanya berubah sejak mengenal Shaklee . Erny ingin berkerja lebih keras . Ingin meraih banyak 1001 impian Erny .

Terima kasih Ya Allah . Engkau telah menunjukkan jalan yang benar kepadaku . Akan aku manfaatkan hidup ini sebaik mungkin .

Erny akan buktikan kepada orang diluar sana kalau seorang erny mampu hidup di atas kakinya sendiri . Erny akan buktikan kepada semua orang kalau seorang Erny boleh meraih kejayaan dan kebahagian walapun hanya berbekal Sijil SPM sahaja .

Mohon LIKE and SHARE entri ini andai entri ini bermanfaat untuk anda .
Share:

2 comments:

  1. Akak memang kagum sgt dengan erny..muda-muda dah mula buat bisnes. Masa akak sebaya erny, akak tahu belajar je..great job dear. Akak doakan yg terbaik utk erny..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Hani . Doakan yang terbaik untuk kita semua . Erny pun doakan yang terbaik untuk akak di perantauan sana :'D

      Delete