Assalamualaikum dan salam ceria semua . Huuu . Mesti semua excitedkan nak puasa . Samalah macam erny . Belum start puasa pun dah kecoh pasal hari raya . Haha . Maklumlah . Siapa yang tak suka hari raya kan ? Hehe ..
Mungkin agak terlewat entri ini untuk erny tulis . Sebab nak cerita tentang sehari sebelum berpuasa . Namun apa kan daya . Sepatutnya entri ni nak tulis semalam tapi masa dan keadaan yang kurang mengizinkan sebab semalam erny agak kurang sihat . Hmm .
Tak apalah . Past is past . Tapi erny nak cerita juga tentang KEBAHANGAN MENYAMBUT BULAN RAMADHAN .
Uji kesabaran dan kekuatan .
Semalam , erny bersama adik pergi ke Gombak dari Ampang dalam pukul 2 petang . Astaghfirullah . Sungguh tak sangka bila laluan menuju ke Gombak sangat sangat sesak . Rasa macam nak nangis . Macam mana tak nangis . Jammed yang melampau . Nak bergerak dari satu arah ke satu arah memang sangat sangat mengambil masa yang lama . Dengan memandu kereta jenis manual , memang sangat menguji kesabaran dan kekuatan . Fuhh ....
Sesak sesak sesak .
Hari Sabtu di Kuala Lumpur memang tak ada beza seperti waktu berkerja pada hari lain . Kerja atau tak , memang akan jammed ! Wahhh . Tapi semalam memang agak luar biasa . Biasanya , walaupun hari Sabtu , kawasan bandar " agak " longgar memandangkan hari cuti berkerja . Namun hari Sabtu semalam memang sangat mengejutkan . Mungkin ramai orang yang mengambil kesempatan untuk keluar berbelanja memandangkan hari keesokannya bermula hari puasa . Jammed tak payah cerita . Memang sesak !
Pasaraya Ong Tai Kim penuh !
Percaya atau tidak , sampai sahaja di Gombak , Erny dapati bahawa Pasaraya Ong Tai Kim ( OTK ) penuh dan sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu nak berbelanja . Waw . Memang untung besarlah tauke OTK tu . Hihi . Alhamdulillah . Tak apa . Rezeki jangan ditolak :)
Terbang di awan biru .
Memang seronok sangat nak sambut bulan puasa ni . Rasa nak terbang je bila nak lalu kawasan Kuala Lumpur . Senang sikit . Pergi mana-mana pun boleh on time . Ye tak ? Agak-agak bilalah ada jet peribadi sendiri . Hehe
Shopping raya .
Rasa bahang hari raya ! Wuuu tak sabarnya . Ini cerita best untuk hari ni . Baru sehari puasa , ayah dah shopping seorang diri dekat Aeon Wangsa Maju . Ish . Dah lah tak ajak kami sekeluarga T_T . Tak apa . Yang penting , adalah barang yang dibelikan . Hehe .
Haaa . Hari ni dah lulus untuk Ramadhan yang pertama . Semoga amalan kita diterima olehnya . Sampai disini sahaja entri Erny kali ini . Lain kali sambung cerita baru ye ? Hee
Semoga kita menjadi insan yang lebih baik dan berguna . Salam sayang penuh cinta dari saya , Erny Filzah ;)
0 comments:
Post a Comment