Wednesday 13 August 2014

Pelawak Maidin Ibrahim Meninggal Dunia

Assalamualaikum ,

Pada 13 Ogos 2014 , berita dunia hiburan dikejutkan dengan kematian Pelawak Veteran Malaysia di rumahnya .

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pelawak veteran Maidin Ibrahim yang telah pun meninggal dunia pada 13 Ogos 2014 . Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Pokok Tai , Gurun Kedah kira-kira pukul 2 petang hari Rabu ketika dalam solat akibat serangan sakit jantung . Berita sedih ini telah disahkan oleh menantunya .

maidin ibrahim meninggal dunia

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Sri Jerai , Gurun selepas solat Isyak pada hari Rabu . Allahyarham meninggal dunia ketika berusia 76 tahun . Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buatnya .

Semoga arwah di ampunkan segala dosanya . Di terima segala amalannya . Al-Fatihah .
Share:

0 comments:

Post a Comment